Kevin Langeree merupakan seorang pemain luncur air (kite surfer) terkenal di dunia yang telah dinobatkan sebagai ‘Redbull King of the Air‘ pada tahun 2014.

videoPlayerId=160904f49

Ad will display in 09 seconds

Sejak berkecimpung dalam sukan lasak ini, peluncur yang berusia 30 tahun ini juga telah meraih beberapa pencapaian yang cukup mengagumkan dan dia sekali lagi telah dinobatkan sebagai ‘Redbull King of the Air‘ pada tahun 2018.

Kemahiran yang dimiliki Kevin cukup hebat dan mengagumkan ramai orang dan kali ini dia telah membuat kejutan dengan menyahut cabaran makan piza ketika berada di udara.

Boleh anda bayangkan bagaimana mahu makan piza ketika berada di udara? Pasti begitu sukar bukan?

Kevin juga menghadapi kesukaran pada awal percubaan namun dia akhirnya berjaya menggigit serpihan piza ketika meluncur rapat ke arah orang yang memegang piza tersebut.

Bertempat di Lake Keel, Achill, pemilik Pure Magic Watersports, Catherine Etienne sempat merakam aksi hebat Kevin untuk melakukan cabaran tersebut.

Mari tonton video yang disediakan untuk melihat bagaimana Kevin menunjukkan bakat yang dimiliki.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds