Panda sememangnya haiwan yang sangat comel dan gebu! Kadangkala, ada sesetengah individu yang memandang panda seperti patung beruang yang menggeramkan!

videoPlayerId=eda7f5c7d

Ad will display in 09 seconds

Setiap kali anda melihat mata panda yang gelap, badan yang montok dan pergerakan mereka yang terumbang-ambing, pasti anda teringin sekali untuk memeluk dan mendukung panda ini seperti anda mendukung bayi mahupun kucing anda.

Seperti yang anda sedia maklum, panda dianggap sebagai khazanah negara bagi kerajaan China. Selain kecomelan semula jadi mereka, panda juga seringkali dijadikan sebagai pertukaran antara negara-negara di dunia bagi menandakan perhubungan diplomatik yang baik.

Bagi mengukuhkan perhubungan antarabangsa, China akan menghadiahkan panda-pandanya kepada beberapa negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan juga Malaysia.

Tidak kiralah di mana jua panda berada, haiwan yang seringkali dijadikan sebagai ‘duta keamanan’ ini sentiasa berjaya mencuri perhatian masyarakat dengan gelagat yang melucukan.

Dalam video ini, anda akan disajikan dengan adegan comel yang dilakukan oleh sekumpulan panda di Zoo Mucha. Dengan hanya melihat kelakuan mereka, anda pasti bukan sahaja terhibur tetapi berasa tenang dan lebih ceria.

Saksikan bagaimana panda-panda dewasa itu menyambut kelahiran anak panda yang sangat comel seperti mereka!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds