Kucing adalah haiwan yang manja, penyayang, comel, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta sentiasa mahu bergerak bebas ke mana-mana.

videoPlayerId=cfa9556d9

Ad will display in 09 seconds

Anak kucing melalui satu peringkat di mana sikap kenakalan mereka mula terserlah. Kucing akan bergerak aktif, berlari ke sana ke mari, berkejar-kejaran dan melompat setinggi mungkin.

Dalam video ini, menunjukkan bagaimana untuk menangani masalah kucing mahupun anjing yang suka melompat keluar dari pagar rumah anda.

Dengan membina ‘pagar kalis lompat’ ini, mana-mana kucing yang gemar melarikan diri dari rumah pasti akan membatalkan niatnya dengan serta-merta!

Tidak kiralah setinggi mana pun pagar anda, kucing sememangnya dilahirkan dengan kemahiran lompatan yang bagus. Tetapi dengan adanya bahagian tambahan yang boleh berpusing pada pagar, kucing akan secara automatiknya berlalu pergi menjauhi kawasan pagar.

Idea yang begitu bijak dan mudah untuk dipraktikkan!

Sumber: BLes Inspirador

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds