Lisa Faulkner, isteri kepada pengadil MasterChef UK John Torode yang pernah terlibat dalam kontroversi ‘rendang rangup’ pada awal tahun ini. Pada baru-baru ini berkongsi resipi Nasi Ayam Hainan di podcast  dan penduduk di Asia tidak menyukai tentangnya.

Nasi ayam Faulkner yang sangat tidak Hainan.

Sumber: The Guardian

Memanggilnya sebagai “ringkas dan menarik”, Faulkner menyediakan hidangan versi “tidak rumit” di podcast  dengan William Sitwell yang merupakan editor majalah Waitrose & Partners Food yang berpusat di UK.

“Hidangan ini (Nasi Ayam Hainan) adalah hidangan negara Singapura, jadi jika anda berada di negara tersebut, ini merupakan hidangan klasik,” kata Faulkner kepada Sitwell sebelum mula memasaknya.

Ramuan Faulkner untuk Nasi Ayam Hainan versi dirinya.

Sumber: The Guardian

Versi hidangannya adalah dengan perahan jus limau dan madu

Resipi untuk hidangan itu dimana telah diterbitkan oleh The Guardian termasuklah;

– Daun Bawang,

– Cili merah,

– Kulit limau yang diparut dan jus limau,

– Madu,

– Fillet dada ayam,

– Beras Jasmine,

– dan pes Hainan.

Kicap yang dicampur bersama daun bawang, cili, jus limau dan madu, akan dituang ke atas fillet ayam dan nasi.

Resipi tersebut diterbitkan oleh The Guardian

Sumber: Edward C. Yong/Facebook

Sejak itu, netizen mula mengkritik Faulkner atas versi hidangannya

“Mengarut…Hanya kerana ia mengandungi ayam dan nasi tidak bermakna bahawa ia adalah Nasi Ayam Hainan.”

Sumber: Facebook

“Darah saya mendidih sebaik sahaja membaca resipi tersebut. Saya merupakan warga Hainan jangan hina makanan kami.”

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, terdapat pendapat yang kurang kritikal terhadap Nasi Ayam Hainan-nya

“Terdapat beberapa elemen untuk menyempurnakan, seperti menggunakan air rebusan ayam bagi hidangan nasi, namun terdapat beberapa campuran (yang tidak perlu) tentang ini. Ada sesiapa sudi berkongsi resipi yang sebenarnya?”

Sumber: Twitter

Bertentangan dengan resipi Faulkner, versi “klasik” nasi ayam Hainan yang kita tahu kelihatan seperti ini:

Sumber:  Steamy Kitchen

Nasi ayam tradisional Hainan biasanya akan dimasak dan dihidangkan dengan kuah kicap halia dan cili yang disajikan berasingan dari hidangan.

Walaupun terdapat variasi resipi untuk Nasi Ayam Hainan yang sempurna, memerah dengan jus limau dan madu sama sekali tidak pernah dilakukan sehingga kini.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds