SHAH ALAM – Sewaktu pasangan pengantin lain sedang meniti hari bahagia di majlis persandingan masing-masing sebagai raja sehari, nasib malang menimpa kedua mempelai ini yang terpaksa menuju ke balai polis sambil memakai baju pengantin ekoran ditipu oleh pengusaha katering.

Pasangan mempelai ini dilaporkan antara puluhan mangsa lain di lima buah negeri yang turut diperdayakan oleh sebuah syarikat katering yang menggunakan artis terkenal sebagai duta mereka.

Kredit: Harian Metro

Dianggarkan pasangan mempelai yang dikenali sebagai Fatin Fatihah, 26 dan Mohamad Shahir Mohd Jamani, 27 ini mengalami kerugian sebanyak RM18,000 apabila pihak katering berkenaan tidak memunculkan diri semasa majlis berlangsung.

Menurut pengantin perempuan, meskipun hanya mengetahui ‘kehilangan’ pihak katering sehari sebelum majlis tersebut diadakan, ianya tetap berjalan lancar.

“Bayangkan saya dan keluarga mengetahui pengusaha katering menghilangkan diri sehari sebelum majlis berlangsung pada Jumaat 5 Oktober kira-kira jam tiga petang”.

Kredit: Fatin Fatihah / Facebook

Tambah Fatin lagi, “Situasi cukup cemas apabila kami terpaksa mencari dan menggantikan katering lain saat akhir selain terpaksa mengeluarkan wang lagi”.

Menurut Fatin, dia mula mengetahui dirinya ditipu apabila pihak katering langsung tidak menjawab panggilan telefon. Setelah ke premis, Fatin mendapati premis berkenaan sudah kosong dan lori pula telah ditarik oleh syarikat penghutang.

Bapa pengantin, Yusof Ismail, 63 tahun juga memaklumkan terpaksa merayu kepada ahli jawatankuasa masjid untuk menyediakan hidangan kepada 1,500 tetamu yang hadir pada majlis itu.

Kredit: Harian Metro

“Walaupun terpaksa membayar lebih mahal iaitu RM15,000 kerana tempahan saat akhir, itu lebih baik daripada dimalukan di majlis sendiri. Bapa juga menggunakan wang persaraan untuk membiayai kos katering baru demi anak bongsu yang menjadi pengantin terakhir dalam keluarga”.

Fatin yang merupakan seorang optometris di Shah Alam memaklumkan bahawa keseluruhan kos yang terpaksa ditanggung boleh diibaratkan seperti melakukan dua majlis perkahwinan.

“Walaupun lega majlis berjalan lancar, namun di sebalik senyuman kami tergambar kesedihan. Mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi, kami redha. Bagaimanapun, kami mahu polis menangkap mereka yang bertanggungjawab supaya tidak terkena kepada orang lain lagi”.

Kredit: Harian Metro

Sementara itu menurut Metro Ahad, enam mangsa di Selangor, lima di Melaka manakala satu di Negeri Sembilan yang melangsungkan perkahwinan pada hari berkenaan turut mengalami nasib yang sama.

Sumber: Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds