GEORGETOWN – Kajian yang dijalankan ke atas papadom mendapati produk kerepek rangup itu boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan tekanan darah tinggi kerana kandungan garam yang berlebihan.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, sebanyak 11 sampel papadom telah melalui ujian makmal dan kesemua didapati mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

Kredit: Harian Metro

“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.”

Tambah beliau lagi, “Sekeping papadom mengandungi 260mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg.”

Kredit: Economic Times

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia adalah 7.15 gram sehari. Jumlah itu dikatakan melebihi paras yang ditetapkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Cara menghasilkan papadom juga amat membimbangkan kerana biasanya ia dihampar dan dijemur di tempat terbuka serta terdedah kepada bahan cemar udara selain jenis mikroorganisma yang akan menambah pencemarannya ketika dijemur bagi dikeringkan.”

Kredit: Siakap Keli

Oleh demikian, CAP menasihatkan orang ramai agar mengawal pengambilan papadom dalam setiap hidangan. CAP turut menggesa pihak Kementerian Kesihatan untuk menetapkan kadar kandungan garam yang bersesuaian dalam papadom bagi mengelakkan ianya mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Sumber: Harian MetroSinar Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds