KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori yang memandu lori dalam keadaan melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 7 Oktober pada kira-kira jam 9.15 pagi didapati tiada lesen memandu, memiliki 64 saman tertunggak dan tidak berbayar, 36 waran tangkap dan 15 kes di mahkamah, termasuk satu pertuduhan kes curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada Ahad yang lalu, rakaman video yang tular menunjukkan seorang pemandu lori memandu lori berwarna putih membawa muatan ubat-ubatan dalam keadaan melawan arus dan berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sejauh 3 kilometer selepas susur keluar dari tol Sungai Buaya, Hulu Selangor sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Kredit : [email protected]/ Twitter

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Pai, lelaki berusia 37 tahun tersebut telah ditahan dan direman sehingga 11 Oktober untuk membantu siasatan dan hasil susulan siasatan mendapati dia mempunyai pelbagai rekod kesalahan lalu lintas lampau dengan 36 waran tangkap, termasuk 15 kes mahkamah dengan salah satu kesalahan jenayah kerana mencuri.

Pemandu lori berusia 48 tahun yang bertembung dengan lori suspek berkata, dia sedang memandu lori dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur apabila secara tiba-tiba melihat sebuah lori putih dipandu laju dari arah bertentangan dan cuba menekan brek. Malangnya dia gagal memberhentikan lorinya dan bertembung dengan lori suspek. Nasib mereka baik kerana dia sempat mengelak dengan hanya sedikit kesan kemalangan dan tiada kecederaan yang berlaku.

Kredit : [email protected]/ Twitter

The Star melaporkan menerusi kenyataan yang dibuat oleh Superintendan Lim Bak Pai, “Ujian air kencing mendapati lelaki ini negatif dadah tetapi pihak polis telah membawanya ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menjalankan ujian tahap alkohol dalam darah. Sampel tersebut akan dibawa ke Jabatan Kimia untuk ujian dan pemeriksaan lanjut.”

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 366 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan perbuatan yang membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri serta orang lain.

Lihat rakaman video yang menjadi tular tersebut di bawah.

Sumber : [email protected]/Twitter , BERNAMA/Twitter, The StarWorld of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds