Kadang-kala dalam kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan konflik atau salah faham sesama kita. Tetapi sementara sesetengah orang akan mencuba untuk menjaga kedamaian, yang lain akan membantah pendapat orang lain sehingga hal yang kecil akhirnya menjadi suatu perkara yang besar. Tetapi adakah anda pernah menyaksikan manusia yang berbalah dengan kambing?

Kredit: KeepVideo/Facebook

Seorang lelaki bernama Sky Garnick adalah lelaki yang terlibat dalam ‘pertelingkahan’ yang comel ini. Semuanya bermula ketika dia sedang mengembara di sebuah ladang di Wyoming dan secara tidak semena-mena dia telah menerima sesi ceramah yang singkat daripada seekor kambing yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.

Interaksi sengit antara Sky Garnick dengan kambing itu berlangsung sekitar 50 saat, tetapi ternyata tempoh singkat itu telah menghiburkan ramai orang yang menontonnya.

Kredit: KeepVideo/Facebook

Menerusi rakaman itu, Sky Garnick berjaya kekal tenang dan bercakap dengan sopan kepada kambing itu walaupun kambing itu sepertinya sedang begitu emosi. Lucu sungguh!

Rakaman bermula dengan Sky yang duduk di sebelah kambing kecil itu sebelum ia mulai mengembek kepadanya. Apabila Sky cuba membalas kembali ‘perbualan’ kambing itu, kambing itu mula mengembek dengan cara yang lebih agresif, sepertinya sedang memarahi Sky. Pada ketika itu, Sky tahu bahawa dia mahu bergurau senda dengan kambing yang lucu ini.

Kredit: KeepVideo/Facebook

Mulai saat itu, Sky mula mencipta hujah fiksyen dengan kambing itu dan hasilnya tersangat lucu. Pada satu ketika, selepas Sky membuat hujah balas terhadap kambing, kambing itu kelihatannya menjulir lidah persis kanak-kanak yang sedang marah dan merajuk.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rakaman yang sangat comel ini. Kami pasti anda tidak akan menyesal!

Kredit: KeepVideo/Facebook

Sumber: happiest.netKeepVideo/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds