SINGAPURA – Pihak Berkuasa Pertanian-Makanan dan Veterinar Singapura (AVA) telah memutuskan untuk menarik semula pemasaran dua jenama sayur kobis yang diimport dari Malaysia kerana disyaki tercemar dengan kandungan racun serangga yang tinggi.

Dalam satu kenyataan pada 4 Oktober lalu, pihak AVA memaklumkan bahawa produk sayur kobis berkenaan telah diimport oleh Go Fresh Impex Pte. Ltd. dan dipasarkan di dua pasaraya iaitu NTUC FairPrice dan juga Sheng Siong.

Kredit: LiveStrong

“AVA mengesan kandungan Fipronil iaitu sejenis racun serangga yang digunakan secara meluas untuk mengawal serangga perosak di tahap kandungan yang tinggi pada kobis itu.”

Sayur kobis yang dijual di NTUC FairPrice adalah di bawah jenama ‘Pasar’ dengan kod pembekal 40 yang membolehkan pihak berkuasa mengesan identiti pembekal sesuatu produk. Jenama yang kedua pula dikenali sebagai ‘Iceberg’.

Kredit: AVA/Facebook

“Sebagai langkah keselamatan makanan, pengguna harus mencuci dan merendam sayur-sayuran bagi membuang segala kesan racun serangga sebelum memasak dan memakannya,” jelas kenyataan AVA lagi.

Pengguna yang telah membeli produk tercemar ini boleh memulangkan semula produk berkenaan ke pasaraya untuk mendapatkan semula wang pulangan.

Sumber: Today Online, NST

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds