Apabila berbicara tentang pelangi, siapa sahaja yang tidak sukakan pelangi yang berwarna-warni.

videoPlayerId=039b1b6b2

Ad will display in 09 seconds

Warna-warna terang yang didapati daripada pelangi sememangnya mampu menggambarkan keceriaan dan semua orang tidak mampu untuk menolak keindahannya.

Kredit: Bnews Global/Facebook

Menerusi video dalam entri ini, anda bakal menyaksikan sebuah persembahan gas berwarna-warni persis warna pelangi yang sangat cantik dan ceria di sebuah karnival. Persembahan ini dinamakan “Dragonfly Rainbow” dan disaksikan oleh ramai penonton.

Kredit: Bnews Global/Facebook

Gas pelangi dalam rakaman ini dihasilkan dari serbuk berwarna dan disembur ke udara.

Kami tidak dapat menolak kenyataan bahawa persembahan ini kelihatan sangat hebat dan membuatkan kami ternganga menontonnya!

Dalam rakaman ini, anda boleh melihat bagaimana serbuk berwarna disembur mengikut urutan dan seterusnya menghasilkan sebuah persembahan yang sangat memukau. Oh, kami mahu menghadiri karnival ini juga!

Kredit: Bnews Global/Facebook

Walaupun serbuk pelangi secara umumnya tidak berbahaya untuk tubuh badan manusia, namun, penggunaannya masih perlu diberi perhatian terutamanya dari segi keselamatan.

Diakui bahawa kebanyakan serbuk sebegini hanya diperbuat daripada pewarna dan tepung jagung, tetapi banyak juga antaranya yang tetap berbahaya, walaupun warna pelangi yang dihasilkan kelihatan sangat cantik.

Sumber: Bnews Global/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds