Sebagai seorang yang dewasa, kita sememangnya memiliki banyak komitmen – bil yang perlu dijelaskan pada setiap bulan terutamanya yang melibatkan kad kredit atau pinjaman kewangan kepada pihak bank.  

Jika anda tergolong di dalam pengguna yang menggunakan khidmat berkenaan, maka anda perlu tahu bahawa bermula 1 April tahun hadapan, Public Bank akan mengenakan caj tambahan untuk bayaran balik kredit kad dan pinjaman kewangan sama ada secara tunai ataupun cek.

Kredit: Public Bank

Pengumuman berkenaan di buat menerusi laman web bank tersebut pada 30 September lalu di mana, RM2 akan dikenakan jika anda melakukan transaksi di kaunter untuk pembayaran kad kredit dan pembayaran balik pinjaman.

Namun, jika anda menggunakan Terminal Deposit Tunai, Mesin Kitar Semula Tunai atau Mesin Cek Deposit untuk membayar bil anda, maka anda akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 50 sen, bukannya RM2.

Kredit: Taichinhdentu

Difahamkan bahawa caj yang dikenakan berkenaan diperkenalkan dalam usaha untuk bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai selain menggalakkan orang ramai menggunakan traksaksi secara dalam talian.

Namun, jika anda ingin mengelakkan daripada dikenakan caj tersebut, anda boleh menggunakan ‘standing instructions’, pemindahan segera atau antara bank melalui internet atau perbankan mudah alih dan mesin juruwang automatik (ATM).

Kredit: Foursquare

Sungguhpun begitu, pihak Public Bank telah mengambil kira keperluan pelanggan yang mungkin memerlukan bantuan dalam pembayaran mereka seperti mengecualikan yuran ini terhadap warga tua, orang kurang upaya dan pelanggan yang tidak mempunyai akses kepada akaun Semasa atau Simpanan dengan Public Bank.

Sumber: World of BuzzPublic Bank

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds