Sekiranya anda merasakan tempat yang menyeronokkan dalam rumah adalah dapur, maka tidak ada apapun dapat menghalang anda daripada cuba menjadi kreatif dengan memaparkan sebuah klip video yang menunjukkan anda boleh menghiasi permukaan cookies ataupun biskut dengan teknik ‘frosting & icing’ .

Kredit: Spotlight/Facebook

Ia memberikan anda satu kelainan jika anda ingin menjadikan biskut yang dihiasi ini sebagai buah tangan kepada teman ataupun saudara mara.

Melihatkan teknik yang ditunjukkan ini, kek hiasan ataupun cookies boleh dibuat begitu sahaja. Ia tidak memerlukan pengalaman untuk menghiasi kek tersebut jika anda mempunyai kreativiti untuk menghiasnya.

Bermula dengan bahan-bahan seperti gula icing, mentega dan susu diadun bersama, tidak lupa juga pewarna untuk menceriakan corak yang menarik. Adunan gula icing ini memberikan tekstur lembut melekit dan akan mengeras setelah kering.

Ia sungguh asyik melihat permukaan biskut itu dihiasi dengan corak yang menarik. Teknik yang bersahaja ini pasti membuka hati anda untuk teringin mencubanya di rumah.

Sumber: Spotlight/Facebook, BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds