Kita semua pasti menyukai makanan yang dipanggang, tambahan jika semua berkumpul dan bersuka ria sambil menjamu selera di parti barbeku.

Untuk memanggang dan membakar daging, sosej dan lain-lain makanan panggang yang lazat memerlukan kayu arang dan dapur pemanggang.

Akan tetapi, bagaimana sekiranya kita tidak memiliki semua alat itu? Rakaman video ini menunjukkan tin minuman alumium juga mampu menjadi alat pemanggang.

videoPlayerId=180c993e9

Ad will display in 09 seconds

Pasangan ini menunjukkan kemahiran serta kreativiti yang ada dengan menggunakan tin aluminium sebagai alat pemanggang barbeku mini. Dengan menggunakan alat pemanggang barbeku mini, sosej dan daging juga boleh dipanggang dengan lazat.

Lelaki di dalam video ini dilihat sedang memanggang sosej di atas arang.

Teman wanitanya kemudian mengambil tin minuman aluminium kosong yang kemudian ditebuk dan dipotong separuh.

Kemudian dia menebuk bahagian bawah tin aluminium kepada empat lubang untuk membuat kaki pemanggang mini, berserta penutupnya sekali.

Isikan arang ke dalam tin dan letakkan rak pemanggang besi atau aluminium yang telah dipotong kecil di atasnya.

Apabila arang sudah dibakar, letakkan makanan panggang kesukaan di atasnya.

Kini anda boleh memasak makanan barbeku dengan mudah.

Anda boleh membuat alat pemanggang barbeku mini lebih daripada satu dengan menggunakan cara yang sungguh kreatif ini.

Boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds