KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor berhadapan 17 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober yang lalu. Semua pertuduhan dibacakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datin Seri Rosmah Mansor didakwa di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001, atas dakwaan mendepositkan lebih RM7.1 juta wang berkaitan 1MDB ke dalam akaun peribadinya antara tahun 2013 dan 2017.

Kredit : Malaysiakini

Free Malaysia Today melaporkan, Datin Seri Rosmah akan berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta , yang mana lebih tinggi, atas setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Datin Seri Rosmah Mansor telah mengaku tidak bersalah di atas setiap pertuduhan dan meminta dibicarakan. Hakim Azura Alwi membenarkan wang ikat jamin sebanyak RM2 juta dibayar sebelum 11 Oktober, dengan RM500,000 dijelaskan pada 4 Oktober, dan pasport diserahkan kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai. Sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi ialah pada 8 November.

Kredit : The Malaysian Insight

Ketua pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada mulanya mencadangkan wang ikat jamin Datin Seri Rosmah yang sepatutnya dibayar ialah RM10 juta, oleh kerana kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan tidak boleh jamin.

Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah wang ikat jamin sepatutnya lebih tinggi dengan menambah Datin Seri Rosmah mampu membayar wang ikat jamin sebanyak RM10 juta.

Kredit : Free Malaysia Today

The Star melaporkan, Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 3.20 petang, 3 Oktober dengan persetujuan dan keizinan Jabatan Peguam Negara bagi tujuan siasatan dan pendakwaan berhubung peranannya dalam SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Datin Seri Rosmah bermalam di lokap SPRM sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta pada jam 8.30 pagi untuk dibacakan pertuduhan. Isteri bekas Perdana Menteri itu diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran. Jika disabitkan dengan 17 pertuduhan tersebut, Datin Seri Rosmah Mansor akan berhadapan hukuman maksimum penjara selama 255 tahun.

Kredit: Astro Radio News/Facebook

Sumber : Free Malaysia Today , The Star , SAYSAstro Radio News/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds