Dari jauh kelihatan ratusan atau mungkin ribuan Penguin Raja (King Penguin) yang memiliki bulu berwarna perak abu-abu berkumpul di satu kawasan yang lapang.

Haiwan yang banyak ditemui di Kepulauan Oceanic ini merupakan penguin kedua bersaiz paling besar berbanding penguin yang lain.

Purata berat badan penguin raja ialah antara 11 hingga 16 kilogram manakala tingginya pula ialah 90 sentimeter.

Penguin Raja mampu mengembara sejauh 200 meter jauh ke dalam laut untuk mencari makanan seperti ikan, sotong dan sejenis haiwan seperti udang (krill). Haiwan ini juga keluar untuk berburu kadangkala hanya sekali dalam masa 2 atau 3 bulan menyebabkannya kehilangan berat badan sepanjang waktu itu.

 

Seperti rama-rama yang bermula daripada seekor ulat beluncas, Penguin Raja juga mempunyai kitaran hidup yang seumpama itu.

Selain mempunyai bulu berwarna abu-abu perak di bahagian belakang badan, Penguin Raja mempunyai bulu berwarna kuning di sekeliling telinga hingga ke lehernya dan bulu berwarna putih di bahagian perutnya.

Tetapi apa menariknya ialah anak Penguin Raja kelihatan jauh berbeza daripada Penguin Raja dewasa. Mereka mempunyai bulu berwarna coklat diseluruh anggota badannya.

Kitaran hidup Penguin Raja bermula daripada anak penguin dengan bulu berwarna bulu coklat. Selepas 12 bulan, anak penguin akan berganti kulit kali pertama. Bulu warna coklat tersebut akan luruh dan mereka akan mempunyai bulu berwarna seperi penguin dewasa.

Sebelum mencapai usia matang, anak penguin belum lagi dibenarkan untuk berlepas ke laut sama ada dengan tujuan untuk bermain atau mencari makanan kerana risiko terdedah kepada haiwan pemangsa adalah tinggi.

Anak penguin juga akan duduk dalam kumpulan penguin dewasa iaitu bersama ibu dan ayah yang silih berganti menjaga mereka dan mencari makanan.

Tontonlah video yang telah dikongsi oleh seorang netizen Jepun mengenai salah seekor anak Penguin Raja di Pulau Georgia Selatan yang mengikuti ibu dan ayahnya berjalan ke mana sahaja, pasti anda akan terhibur!

Kredit: CGTN/Facebook

Sumber: OMG!, CGTN/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds