JERANTUT – Satu kejadian yang agak mencemaskan berlaku kepada pemuda yang sedang memandu di sekitar Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang apabila beliau bertembung dengan harimau pada 29 September lalu. Dilaporkan bahawa harimau berkenaan secara tiba-tiba muncul menyebabkan pemuda itu, Shahrul Azwan, memberhentikan kenderaan.

Kejadian yang berlaku pada 3:45 petang itu membuatkan dia bersama tiga orang rakan iaitu Wan Kamarul Iznan Wan Ahmad Nazri, Wan Iqbal Fikri Wan Ahmad Nazri dan Wan Noriman Syah Wan Mohd Adat tergamam. Setibanya di Bukit Dedari, seekor harimau dilihat keluar daripada hutan berhampiran untuk melintas jalan raya yang dilalui mereka menuju ke Kampung Pagi.

Mereka semua terperanjat dan memutuskan untuk menghentikan kereta dan tidak membunyikan hon kereta kerana bimbang tindakan berkenaan akan mendatangkan kemarahan harimau tersebut. Harimau berkenaan seterusnya melintasi jalan raya itu.

“Ia merupakan kali pertama saya lihat harimau liar di depan mata kerana kita tidak tahu bila ia akan muncul, walaupun saya membesar di sini. Shahrul juga sempat merakamkan video singkat berdurasi seminit yang di muat naik di laman Facebook miliknya dan kemudiannya menjadi tular.

Ahmad Azhar Mohamed, selaku Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang berkata bahawa harimau yang muncul berkenaan adalah daripada spesies Harimau Belang atau nama saintifiknya, Panthera Tigris.

Beliau masih belum dimaklumkan akan penemuan harimau berkenaan dan hanya mengetahuinya menerusi media sosial. Tidak dinafikan bahawa Kuala Tahan pula merupakan antara habitatnya.

Selain itu, pihaknya juga akan membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keselamatan orang ramai di situ terjamin, di samping menjaga keselamatan harimau berkenaan yang mungkin menjadi sasaran pemburu haram yang telah mengetahui lokasi terbabit.

Kredit: Info Kemalangan & Bencana Malaysia/Facebook

Sumber:  Info Kemalangan & Bencana Malaysia/Facebook, Sinchew, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds