Seperti kata pepatah, perlakuan ibu bapa mencerminkan peribadi anak, ibu bapa adalah model yang memainkan peranan untuk kanak-kanak, dan mereka akan membesar mengikut tingkah laku ibu bapa.

Di Taichung, seorang netizen merakamkan gelagat anak perempuannya yang sedang meniru gaya bapanya yang merupakan seorang tentera.

Seperti yang anda lihat di dalam video yang dirakamkan, seorang lelaki sedang berjalan sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang seperti seorang tentera.

Anak perempuannya yang comel pula sedang mengekorinya dari belakang. Dia bukan sekadar mengekori bapanya, dia juga meniru gaya bapanya dengan berjalan sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang.

Namun, langkahnya terlalu kecil lalu dia terpaksa berlari supaya bapanya tidak hilang daripada pandangan.

Apabila ibunya melihat adegan lucu ini dari belakang, dia merakamnya dan memuat naik video tersebut di halaman Facebooknya. Video lucu tersebut mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang terhibur dengan gelagat anak perempuannya itu.

Ibunya berkata bahawa kerana bapanya merupakan seorang tentera, dia sering tidak berada di rumah. Walaupun begitu, hubungan mereka anak beranak tidak menjadi renggang malah rapat seperti biasa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds