Video ini telah dirakamkan oleh seorang pejalan kaki yang melalui satu jalan di ibu kota Chile, Santiago.

Langkahnya terhenti apabila menemui seorang gadis dengan bakat nyanyian luar biasa, yang jarang dimiliki oleh penyanyi biasa yang lain, iaitu nyanyian opera.

Gaby Páez yang menyanyikan ‘Nessun Dorma’ memukau para netizen di media sosial dengan persembahannya.

videoPlayerId=0136ce71f

Ad will display in 09 seconds

Gaby Páez berasal dari Venezuela dan telah menetap di Santiago, Chile selama dua tahun, akibat kegawatan ekonomi di negaranya. Gaby bekerja sebagai pelayan di restoran, jurujual dan menjadi hos di majlis keraian demi mencari rezeki.

Kemudian, Gaby memberanikan diri dengan menjadikan jalanan di kota Santiago sebagai pentas nyanyian suara sapranonya, yang semestinya mendapat perhatian orang awam yang lalu lalang.

Ketika di Venezuela, Gaby telah mula menyanyi sejak kecil di sekolah dan dilatih untuk menggunakan suaranya yang merdu. Selepas menghabiskan persekolahan, Gaby telah memasuki sekolah seni yang melatih penyanyi opera secara profesional.

Malangnya, akibat krisis ekonomi yang amat teruk di Venezuela, Gaby telah terpaksa berhenti dari meneruskan pengajiannya dan mencari pekerjaan lain bagi menyara kehidupan. Tidak lama selepas itu, gadis ini telah berhijrah ke Chile.

Selepas rakaman video nyanyian opera Turandot ini menjadi tular di media sosial dengan tontonan ribuan netizen, nasib Gaby telah mula berubah.

Nyanyiannya telah mendapat perhatian jutawan Chile, Leonardo Farcas, yang mana selepas mendengar suara dan kisahnya yang malang telah mendermakan wang 1 juta peso kepada Gaby untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang seni persembahan opera.

Tidak kurang juga, Gaby telah dibanjiri dengan tawaran pekerjaan daripada pelbagai pihak dalam industri hiburan.

Diharap Gaby akan dapat meneruskan pengajian dalam bidang seni suara dan menjadi lebih popular dengan bakat nyanyiannya itu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds