Setiap syarikat penerbangan pasti berbangga dengan seragam mereka dan terkini, baju kebaya yang dipakai oleh pekerja syarikat Malaysia Airlines Berhad selama ini telah tersenarai sebagai antara seragam tercantik di dunia.

Baju kebaya yang berwarna hijau gelap dan berbunga tona merah jambu ini telah diperkenalkan pada tahun 1986 dan merupakan rekaan oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi Mara yang kini dikenali sebagai Unitersiti Teknologi Mara.

Corak yang terdapat pada baju kebaya tersebut ialah daun kelerai yang turut digabungkan dengan corak bunga tempatan seperti melur, cempaka dan bunga raya.

Baju kebaya ini mempunyai rekaan batik Sarawak yang menyerlahkan lagi identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Menurut Ketua Tenaga Pengajar Sekolah Hospitaliti Akademi MAB, Chang Chin Kwang, 3 elemen penting yang terdapat pada seragam kebanggaan Malaysia itu ialah melambang identiti Malaysia, anggun (sedap dipandang) dan fleksibel iaitu mudah dikendalikan ketika waktu kecemasan.

Untuk pengetahuan anda, rekaan baju kebaya terkini adalah yang paling lama digayakan berbanding 3 rekaan terdahulu sejak syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada tahun 1972.

Sebagai rakyat Malaysia pasti kita berasa bangga kerana seragam yang melambangkan tradisi, gaya klasik dan motif batik yang sudah digayakan lebih 30 tahun ini telah mendapat pengiktirafan dunia. Syabas!

Kredit: Buletin TV3/Facebook

Sumber: SAYS, Buletin TV3/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds