Nama The Sleepy Man Banjo Boys adalah satu nama yang agak aneh dan melucukan tetapi jangan dinilai pada nama sahaja kerana kumpulan kugiran ini mampu mengagumkan anda dengan persembahan mereka yang unik!

Berasal dari Lebanon Township, New Jersey, kumpulan ini terdiri daripada tiga beradik yang pernah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat semasa penampilan mereka pada 2011.

Dengan mempersembahkan lagu Flint Hill Special oleh Earl Scruggs, trio berbakat ini telah membuatkan pengacara, penulis dan juga pelawak, David Letterman terpukau dengan persembahan mereka.

The Sleepy Man Banjo Boys terdiri daripada Jonny Mizzone (9 tahun) yang memainkan banjo, Robbie (12 tahun) memainkan biola dan Tommy (13 tahun) yang memainkan gitar.

Hasil gabungan ketiga-tiga alat muzik di samping bakat besar yang dimiliki oleh setiap daripada mereka berjaya menghasilkan satu alunan muzik yang sangat memukau!

Malah, mereka juga sering berlatih tidak kira masa terutamanya di dalam bilik tidur. Dalam video yang tersebar meluas di media sosial ini, anda akan berpeluang untuk menyaksikan alunan muzik ‘Dueling Banjos’ yang dimainkan oleh Jonny dan Tommy.

Kemudian, persembahan spontan ini berubah menjadi satu persembahan di tahap yang mengagumkan apabila Robbie menambah kelainan luar biasa dengan iringan biola yang dimainkannya.

Setelah memenangi hati seluruh penduduk Amerika Syarikat dengan persembahan mereka, ketiga-tiga beradik ini terus berusaha mengembangkan kerjaya seni mereka dengan mencuba pelbagai genre muzik seperti Americana, pop dan bermacam-macam lagi.

Kredit: Felipe Aguiar/Facebook

Sumber: Inspire More, Felipe Aguiar/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds