KUALA LUMPUR – Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Tertuduh S. Ravi Chandran, 47 tahun, turut membuat pengakuan di mahkamah bahawa tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara kepadanya selain tawaran daripada adik Kevin Morais, Datuk Richard Morais yang mahu dia membuat pengakuan yang sama.

Kredit : Sarawak Report

Ravi Chandaran yang juga merupakan saksi pembelaan keenam berkata ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili pakar patologi tentera, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, dalam prosiding membela diri pada hari perbicaraan ke-24.

Sivananthan : Kamu katakan Dr. Kunaseegaran menawar wang sebanyak RM1.5 juta untuk kamu mengaku bersalah. Ini dibuat pada 29 Disember 2017.

Ravi Chandaran : Benar.

Sivananthan : Kamu juga ada membuat satu laporan polis pada 26 Januari 2018, bahawa Richard Morais menawarkan RM2 juta untuk kamu mengaku salah.

Ravi Chandaran : Ya, benar.

Sivananthan : Dalam laporan yang sama, pada Februari 2018, kamu mengatakan ada pegawai penjara yang menawarkan kamu wang RM3.5 juta untuk kamu mengaku salah bagi pihak Najib Tun Razak.

Ravi Chandaran : Ya, benar.

Ravi Chandaran turut bersetuju dengan cadangan Sivananthan bahawa keseluruhan wang yang ditawarkan oleh individu-individu terbabit kepadanya untuk mengaku bersalah dalam kes bunuh itu berjumlah RM7 juta.

Kredit : The  Rakyat Post

Dalam soalan cadangan Sivanathan bahawa tertuduh telah mereka cerita berhubung tawaran wang itu sehingga ia kelihatan tidak masuk akal, Ravi Chandaran berkata dia tidak bersetuju.

Sivanathan juga mencadangkan bahawa tidak ada sebab untuk kesemua individu itu menawarkan wang kepadanya, dan tertuduh berkata dia tidak bersetuju.

Apabila ditanya Sivananthan, adakah Dr. Kunaseegaran telah mengarahkannya untuk membunuh Kevin Morais, tertuduh telah menjawab, ‘Tidak’.

Tertuduh juga menjawab ‘Tidak’ kepada soalan Sivananthan mengenai adakah Dr. Kunaseegaran mengarahkannya melakukan sesuatu seperti menculik Kevin Morais.

Dalam prosiding perbicaraan sebelum ini, Ravi Chandaran mendakwa Dr R. Kunaseegaran menawarkan wang RM1.5 juta kepadanya jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Kredit : The Malaysian Times

R.Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M.Vishwanath, S.Nimalan, S.Ravi Chandaran dan Dr. R.Kunaseegaran mengaku tidak berslah di atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7.00 pagi dan 8.00 malam, pada 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori , jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, Thinesh Kumar, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran diwakili peguam Rajehgopal manakala pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan bersambung pada 5 Oktober 2018.

Sumber : Bernama , The Sun Daily , Sinar Harian

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds