Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan pada hari Selasa, 2 Oktober kerana didapati mencuri tujuh paket kopi Nescafe klasik dari sebuah pasar raya di Kuala Terengganu.

Kredit: Sinar Harian

Wanita itu, Nor Azlina Mamat, 41, didapati berkelakuan mencurigakan ketika berada di lorong jualan barangan kopi dan telah ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Sabasun Hypermarket pada 26 September yang lalu, lapor Berita Harian.

Kredit: The Rakyat Post

Berikutan hal itu, pengawal keselamatan itu meminta rakan sekerjanya untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup dari lorong berkenaan sementara dia memerhatikan gerak-geri suspek. Tidak lama kemudian, pengawal keselamatan itu bertindak menangkap suri rumah berkenaan apabila dia didapati meninggalkan premis tanpa membuat apa-apa pembayaran.

Nor Azlina mengaku bersalah mencuri tujuh paket kopi Nescafe yang mempunyai berat sebanyak 300g setiap satu dengan harga keseluruhan bernilai RM 164.43.

Kredit: Jiray Group

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di mana-mana bangunan, yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda.

Nor Azlina tidak mempunyai perwakilan undang-undang ketika muncul di mahkamah Kuala Terengganu. Menurut Berita Harian, pendakwaan kes ini dikendalikan oleh pegawai pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda.

Sumber: SAYSBerita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds