Populariti filem aksi tempatan, Paskal semakin bertambah kukuh apabila berjaya meraih RM7.5 juta selepas hanya empat hari tayangan di pawagam.

Kredit: Instagram PASKAL The Movie

Pelakon Nam Ron, yang memainkan watak sebagai seorang komander tentera laut dalam filem yang berdasarkan peristiwa sebenar itu, mendedahkan dalam akaun Instagramnya bahawa kutipan filem pecah panggung itu telah meningkat dan melonjak dari RM2 juta Khamis lepas.

“Semoga momentum ini berterusan untuk semua filem Malaysia yang berkualiti. Tahniah kepada penerbit, pengarah, pelakon dan krew Paskal, ” tulisnya dalam kapsyen.

Sementara itu, Hairul Azreen yang membintangi watak utama menerusi akaun Instagram miliknya turut mengucapkan penghargaan kepada penyokong.

“Terima kasih kerana percayakan kami pelakon dan team @paskal_themovie,” tulisnya.

Ramai peminat dan pengikut menghantar mesej ucapan tahniah kepada pelakon dan krew filem.

Kredit: Instagram PASKAL The Movie

Penggambaran filem terbitan Asia Tropical Films yang menelan bajet RM10 juta itu dilakukan di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Maghribi.

Filem Paskal mengangkat kisah perjuangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota elit, Pasukan Khas Laut (Paskal) yang secara rasmi dibentuk pada 1 Oktober 1982.

Kredit: Instagram PASKAL The Movie

Filem Paskal ini adalah sebuah cerita yang diadaptasikan daripada kisah benar yang mengetengahkan kejayaan pasukan elit tersebut dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998.

Selain itu, filem ini juga turut diinspirasikan daripada kejayaan Paskal merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011.

Turut berlakon dalam Paskal adalah Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Kredit: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Paskal akan ditayangkan di Singapura dan Brunei pada minggu hadapan dan juga dijadualkan ditayang di China dan Turki pada hujung bulan ini.

Kredit: Astro Gempak/Facebook

Sumber: New Straits Times, Astro Gempak/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds