Bagi mereka yang tidak pernah mengalami kehidupan di desa dan hidup di bandar, mungkin akan berfikir kehidupan di desa itu sambil mengerjakan ladang dan memelihara haiwan ternakan satu perkara mudah dan ringkas.

videoPlayerId=bc8958ed1

Ad will display in 09 seconds

Rakaman video yang menunjukkan seorang anak kecil yang comel membantu ibu bapanya di ladang mungkin akan mengubah persepsi anda.

Sementara anda di bandar masih lena dibuai mimpi, si kecil ini sudah bangkit di awal pagi bersama ibu bapanya dan bergerak ke ladang.

Segala kerja perlu dilakukan pada awal pagi sementara matahari belum meninggi.

Banyak kerja dan perkara yang perlu dilakukan seperti memberi ternakan makan dan minum, membersihkan kandang dan melihat semua haiwan peliharaan dan ternakan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Sekiranya ada sesiapa yang secara sukarela mahu menghulurkan bantuan seperti si kecil yang comel ini, bantuan itu amat dialu-alukan.

Kerja di ladang tidak akan habis dari pagi sehingga ke petang.

Aubrey Koeller baru berusia 21 bulan tetapi sudah rajin membantu ibunya Ashley Koeller bekerja di ladang seperti membawa baldi makanan haiwan yang sudah kosong ini.

Ibunya tidak pasti mengapa hari itu Aubrey sangat rajin, tetapi dedikasi yang ditunjukkan oleh si kecil ini sangat comel dan menggelikan hati.

Menjadi perkara biasa apabila anak kecil sebaya Audrey akan cenderung melakukan perkara yang disukai secara sendiri dengan kedegilannya. Jadi ibu Aubrey membiarkannya melakukan kerja yang disukainya walaupun kelihatan bersusah payah mengangkat baldi makanan itu.

Kini Aubrey sudah berusia 3 tahun, dan masih setia membantu ibu dan bapanya bekerja di ladang secara sukarela dengan bangun di awal pagi.

Aubrey membantu memberi makan kepada ternakan lembu dan kuda peliharaan keluarga Koeller di waktu pagi dan petang. Tidak padan dengan kecil tetapi sudah menjadi peladang yang hebat.

Salah satu contoh asuhan kepada anak kecil yang patut dicontohi daripada ibu bapa Aubrey. Didikan yang telah membantu anak gadis kecil mereka bersikap berdikari, berjiwa kental, rajin dan penyayang kepada haiwan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds