Pada 1 Oktober lalu, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke telah melakukan satu kunjungan mengejut ke Stesen LRT Bukit Jalil di mana beliau secara peribadi ingin merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja semasa waktu puncak!

Di samping itu, kedatangan beliau ke stesen LRT berkenaan adalah bertujuan untuk mengadakan pemeriksaan berkala di stesen-stesen perkhidmatan pengangkutan awam.

Kredit: Sinar Online

Beliau bersama-sama dengan pihak pengurusan Prasarana telah menaiki tren dari stesen LRT Bukit Jalil laluan Sri Petaling ke stesen LRT Damai sebelum tiba ke Depoh Lembah Subang bagi mendengar taklimat.

Meski pun begitu, sepanjang keberadaan Anthony yang setia menunggu ketibaan tren seterusnya, tiada seorang pun pengguna LRT lain yang menyedari akan kehadiran beliau. Di kesempatan ini, beliau mengambil peluang untuk memeriksa segala kemudahan yang terdapat di stesen tersebut.

Kredit: Facebook

Hal ini demikian kerana pada 25 September lalu, LRT Rapid KL laluan Kelana Jaya telah mengalami gangguan perkhidmatan yang disebabkan oleh masalah pada salah satu komponen sistem semboyan untuk mengawal isyarat pergerakan tren automatik di stesen LRT Damai.

Kredit: Facebook

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa pas bulanan bagi pengguna komuter akan dilancarkan dalam masa terdekat di mana pendekatan ini dikhabarkan mampu menjimatkan kos yang perlu ditanggung oleh mereka yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari!

Bagi mengurangkan lebihan kapasiti ketika waktu puncak, pihaknya turut bercadang untuk menawarkan tambang pada kadar yang lebih murah kepada penumpang tren ketika ‘bukan waktu puncak’ bagi mengoptimumkan penggunaan tren.

Kredit: Facebook

“Namun, perkara ini perlu dibincangkan dan dirancang secara teliti antara kementerian dengan pihak pengurusan tren.”

Tindakan beliau yang sanggup bersesak bersama orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam benar-benar membuatkan majoriti netizen memuji dan mengharapkan agar lebih ramai menteri mengikuti jejak langkah Anthony.

Kredit: Anthony Loke Siew Fook/Facebook

Sumber: World of BuzzFacebookSinar OnlineAnthony Loke Siew Fook/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds