Jika anda tidak tahu dan pasti langkah pertama yang harus dilakukan untuk mula melukis, maka jangan ketinggalan untuk turut serta ‘di dalam’ kelas ikonik oleh lagenda Bob Ross. Hal ini kerana, kita semua sebenarnya memiliki nilai-nilai ahli seni di dalam diri kita.

videoPlayerId=ba05995d5

Ad will display in 09 seconds

Peralatan melukis semuanya bergantung kepada apa yang anda ingin hasilkan, sama ada berus bersaiz besar mahupun kecil, spatula, dan sebagainya. Menariknya, suara beliau sangat tenang dan berupaya untuk menaikkan semangat serta keyakinan anda untuk menggerakkan berus pada kanvas lukisan.

Robert Norman Ross atau lebih dikenali dengan Bob Ross, merupakan seorang pelukis, pengajar seni dan penyampai televisyen di Amerika Syarikat di mana beliau menjadi hos menerusi rancangan The Joy of Painting – sebuah program pendidikan yang bertahan sehingga 11 tahun. Menerusi rancangan itu juga, beliau ada menunjukkan pelbagai teknik yang berbeza dalam menghasilkan lukisan minyak.

Bob masih lagi diingati oleh pelbagai generasi kerana sikap yang sentiasa tenang dan sering tersenyum ketika mengacarakan program televisyen berkenaan. Personalitinya sedikit sebanyak membantu menaikkan keyakinan anak muridnya untuk terus melukis.

Jika terdapat kesalahan yang dilakukan, mereka tidak akan dimarahi kerana menurut Bob, tiada kesalahan dalam melukis, yang ada hanyalah ‘kesilapan yang menggembirakan’. Selain itu, beliau turut menyerahkan semua kepada anak muridnya. “Terserahlah berapa banyak pokok yang kamu mahu di dunia kamu….Terserahlah kepada kamu berapa besar yang kamu mahukan”.

Malangnya, beliau sudah lama meninggalkan kita. Beliau meninggal dunia ketika berusia 52 tahun (pada tahun 1995) ekoran penyakit limfoma yang beliau sorokkan daripada pengetahuan orang ramai. Beliau turut menyembunyikan perihal diri, rakan dan keluarganya sehinggalah kematiannya.

Sumber: BLesINSPIRADOR

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds