GEORGETOWN – Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan menggunakan sistem kamera pengecaman wajah bagi mengesan dan menjejaki penjenayah.

Sistem kamera berteknologi tinggi ini dilaporkan akan beroperasi di kawasan awam di mana ia boleh mengenal pasti wajah setiap individu yang kemudiannya membolehkan sistem perkomputeran menyemak rekod jenayah individu terbabit.

Kredit: The Star

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Seri A. Thaiveegan, sekiranya individu tersebut merupakan seorang penjenayah yang dikehendaki, pihak polis akan terus diberikan amaran segera untuk mengesan penjenayah terbabit.

Jelas beliau, rancangan untuk melaksanakan tindakan itu masih di peringkat awal dan memerlukan kerjasama bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta Majlis Daerah Seberang Perai.

 

Kredit: Financial Review

“Penjenayah yang akan datang ke Pulau Pinang, berhati-hati, kami akan memerhatikan anda. Komputer akan menyemak rekod lampau dan memaklumkan pihak polis sekiranya terdapat aktiviti jenayah,” jelas Thaiveegan semasa berucap dalam majlis pembukaan Hari Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia.

Kredit: The Malaysian Times

Tambah Thaiveegan lagi, keputusan untuk melaksanakan idea tersebut mungkin akan diumumkan secara rasmi dalam tempoh enam bulan lagi.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds