Baru-baru ini, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jasri Kasim melarang ibu bapa memberikan nama yang panjang (lebih 80 abjad) untuk didaftarkan kepada bayi mereka yang baru lahir. untuk mendaftarkan anak mereka dengan nama panjang sehingga melebihi 80 abjad, di mana ia turut merangkumi nama bapa, bin, binti, selain simbol koma dan sebagainya.

Kredit: Shutterstock

Hal ini disebabkan oleh ruangan nama yang tersedia pada boran pendaftaran nama adalah terhad – sehingga 80 abjad sahaja. Malahan, jarak antara perkataan turut dikira sebagai satu abjad. Oleh yang berkenaan, beliau meminta agar para ibu bapa mematuhinya.

Selain itu, menurutnya lagi, pemberian nama yang membawa makna yang kurang baik dan panjang akan memberikan kesan kepada anak-anak secara tidak langsung. “Ini akan menyusahkan anak mereka khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan kerajaan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN”. Jika menghadapi peperiksaan pula, ia akan melambatkan mereka menjawab soalan. Untuk rekod pula, nama individu paling panjang setakat ini adalah 78 abjad.  

Kredit: Sirap Limau

Orang ramai juga dihalang untuk memberikan nama dengan kumpulan nama gelaran kurniaan oleh pihak kerajaan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara Luar. Ia turut diikuti dengan nama pangkat dan jawatan contohnya haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.

Sumber: Says, Berita Harian

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds