Video yang akan dipertontonkan kepada anda di dalam artikel ini memaparkan bagaimana dua ekor burung menghasilkan satu bunyi yang paling luar biasa iaitu dengan meniru bunyi haiwan lain mahupun benda-benda yang burung ini dengari.

videoPlayerId=c1117af35

Ad will display in 09 seconds

Diberi nama Dennis dan Ernie, kedua-dua burung perling Eropah (Sturnus vulgaris) yang cantik ini pasti akan memukau anda dengan bunyi-bunyian yang mereka hasilkan bersama…

Kedua-duanya mampu memimik sebarang bunyi termasuk bunyi alam semula jadi.

Pemilik burung ini dikenali sebagai Lloyd dan Rose Buck merupakan pakar dalam kelakuan burung dan telah memelihara Dennis serta Ernie sejak burung ini berusia lima hari lagi!

Kini, Dennis dan Ernie telah mencapai usia 10 tahun dan sangat bijak! Malah, mereka turut memelihara tiga lagi burung perling yang dikhabarkan memiliki pelbagai personaliti serta jinak…

Menurut Lloyd dan Rose, proses pemeliharaan burung perling memerlukan lesen yang sah. Setelah memeliharanya selama bertahun-tahun, burung ini telah menyimpan koleksi bunyi-bunyian tersendiri, perkataan, bunyi nada dering panggilan telefon, gelak tawa manusia, bunyi batuk, bunyi barangan elektrik dan bermacam-macam lagi!

Dennies dan Ernie juga dibiarkan terbang bebas di luar rumah namun akan pulang semula untuk mendapatkan makanan. Lebih mengagumkan lagi, setiap lagi Lloyd memainkan piano pada waktu malam, burung-burung yang cantik ini akan bertenggek berhampiran dan mendengar setiap alunan muzik yang dimainkan.

Antara lagu yang digemari oleh Dennis dan Ernie adalah lagu-lagu klasik oleh Beethoven, Bach, Schubert dan juga Mozart!

Pasti suasana dalam rumah mereka menjadi sangat meriah dengan pelbagai bunyi yang memukau… Sungguh menghiburkan dan menenangkan hati.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds