SHANGHAI – Seorang pemuda bernama Zhang, 27 tahun dilaporkan mengalami pening dan lumpuh sebelum maut sebaik sahaja menerima urutan leher di sebuah spa di Shanghai.

Dalam tragedi yang berlaku pada Mei lalu, Zhang dikhabarkan telah pergi ke spa berkenaan bersama rakan-rakan sekerjanya. Zhang telah meminta tukang urut untuk melegakan keletihan pada bahagian bahu dan juga lehernya dan hanya memfokuskan pada bahagian tersebut.

Kredit: Seehua

Bagaimanapun, selepas tamat sesi urutan, Zhang telah pulang ke rumah dan membersihkan dirinya. Tidak lama kemudian, dia mula berasa pening dan tidak mampu untuk berdiri mahupun berjalan.

Keadaan mengejut ini menyebabkan Zhang segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Bagaimanapun, para doktor tidak mampu menyelamatkan Zhang dan mangsa meninggal dunia pada keesokan harinya.

Kredit: Livestrong

Selepas keputusan hasil siasatan autopsi dikeluarkan, doktor mengesahkan punca kematian Zhang adalah disebabkan oleh urutan tidak profesional yang mengakibatkan serangan otak secara tiba-tiba. Dilaporkan saluran yang mengalirkan bekalan darah dan oksigen ke bahagian otak telah tersumbat dan menyempit sekali gus menjejaskan fungsi sistem saraf pusat.

Kes ini telah dibawa ke muka pengadilan dan pihak mahkamah memutuskan supaya spa dan tukang urut berkenaan untuk memikul 90% tanggungjawab ke atas kematian Zhang.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds