Diserang oleh serangga perosak di rumah akan menjadi gangguan yang serius kepada anda dan penduduk kondominium Shineville Garden di Ayer Itam, Pulau Pinang memahami perasaan ini dengan baik. Itu kerana sejak empat tahun yang lalu, mereka sentiasa dibelenggu oleh serangga berbisa yang juga dikenali sebagai ‘semut Charlie’.

Kredit: devrn

Berdasarkan laporan oleh The Star, serangga berwarna jingga dan hitam yang menakutkan ini terus kembali ke kediaman walaupun dengan kawalan fog dan kawalan serangga yang biasa. Banyak laporan telah dibuat kepada Jabatan Kesihatan negeri tetapi serangga perosak ini terus menggganggu penduduk setempat.

Malah, tinggal di tingkat yang tinggi tidak dapat mengelaknya kerana P. Sushiksha yang berusia dua tahun, tinggal di tingkat 20 disengat di wajahnya yang menyebabkan kulitnya meradang dan lepuh. Bapanya berkata bahawa mereka cuba menyingkirkan serangga tersebut tetapi tidak berhasil.

Gambar hanya ilustrasi | Kredit: flickr

M. Thanaraj, 37, penduduk di kondominium itu berkata, sebelum ini dia telah disengat di dadanya dan belakang. “Saya merasakan seperti kulit terbakar. Keesokan harinya, terdapat lepuh di dada kiri saya dan di belakang saya. Parutnya masih kelihatan hingga ke hari ini, ” katanya.

Naib Pengerusi Badan Pengurusan kondominium tersebut, Choon Keong berkata, “Kehadiran serangga berbisa di kawasan itu bermusim. Mereka hanya keluar dari padang rumput semasa musim hujan. Kami telah membuat lebih 10 laporan dan Jabatan Kesihatan telah menjalankan operasi fogging; yang terakhir pada bulan Julai. Pihak pengurusan juga telah membeli racun serangga dan menyemburkannya di setiap lantai, tetapi serangga berbisa tersebut masih kembali.”

Gambar hanya ilustrasi | Kredit: hohochie

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengatakan bahawa mereka telah menangkap beberapa ekor serangga berbisa tersebut untuk dianalisis dan akan memutuskan tindakan seterusnya. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Phee Boon Poh berkata bahawa serangga tersebut biasanya tinggal di sawah padi dan apabila ladang-ladang ini dituai dan dibakar, mereka akan mencari perlindungan di kawasan kondominium.

“Serangga ini tertarik dengan lampu. Racun mereka adalah enam kali lebih berbisa daripada ular tedung, ” tambahnya.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang serangga berbisa ini:

Kumbang Rove atau lebih dikenali sebagai semut Charlie adalah salah satu daripada keluarga kumbang terbesar dan memiliki badan yang biasanya memanjang, langsing dan bersayap pendek, kata Brittanica. Mereka mempunyai pelbagai warna. Yang ditemui di Pulau Pinang adalah warna jingga dan hitam.

Kredit: flickr

Cecair di dalam serangga ini mengandungi toksin yang kuat dipanggil pederin yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mata, anda tidak dilarang untuk memukulnya. Toksin ini juga boleh menyebabkan konjungtivitis, dermatitis teruk (ruam) dan kerengsaan kulit yang serius. Keadaan ini juga dikenali sebagai paederus dermatitis.

Sesetengah gejala termasuk kulit merah, rasa terbakar, gatal-gatal, sakit dan lepuh selepas beberapa hari. Berhati-hati kerana toksin boleh merebak ke bahagian lain badan dan juga kepada orang lain. Sekiranya anda mengalami sentuhan dengan kumbang rove, segera gunakan sabun dan air untuk membersihkan kawasan tersebut dan dapatkan rawatan perubatan sekiranya gejala-gejala menjadi semakin teruk.

Sumber: The StarBrittanica, Word of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds