Plaza Sungei Wang merupakan salah satu pusat beli-belah yang terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. Namun begitu, semakin lama semakin banyak pusat beli-belah di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang dibangunkan sekali gus menyebabkan pengunjung mula beralih arah daripada bersiar-siar di Plaza Sungei Wang.

Kredit: Kuala Lumpur

Bagaimanapun, menjelang Jun tahun hadapan, pusat beli-belah yang pernah terkenal suatu ketika dahulu ini bakal diperbaharui dengan kemudahan teknologi terkini seperti skrin 3D yang akan memancarkan lampu berwarna-warni bagi menghiasi suasana dalam pusat beli-belah terbabit.

Kredit: Backpacking Malaysia

Menurut pengurus kompleks Plaza Sungei Wang iaitu Yuen May Chee, “Skrin 3D ini akan memberikan rupa moden dan baharu kepada Plaza Sungei Wang dan akan bergemerlapan di bawah sinaran matahari. Selain itu, skrin ini juga akan membentuk corak tertentu semasa senja dan awal pagi.”

Memetik laporan dari The Edge Markets, pengubahsuaian terhadap Plaza Sungei Wang ini telah diusulkan oleh Capitaland Malaysia Mall Trust’s (CMMT) yang memiliki sebanyak 62% pemilikan pusat beli-belah tersebut.

Kredit: The Edge Markets

Di samping itu, sebuah blok baharu setinggi lima tingkat dikenali sebagai ‘JUMPA’ turut akan dibina di dalam pusat beli-belah berkenaan. Blok ini dikhabarkan akan mempunyai taman hiburan keluarga, kedai makanan dan minuman, premis jualan produk kecantikan, pasaraya dan bermacam-macam lagi.

Transformasi secara besar-besaran ini merupakan salah satu inisiatif peningkatan aset (AEI) CMMT dan merupakan kali ketiga kompleks tersebut diubahsuai sejak tahun 2013.

Kredit: TripAdvisor

CMMT dan pihak perbadanan pengurusan masing-masing telah membelanjakan sebanyak RM54.5 juta dan antara RM5 juta hingga RM7 juta demi menghidupkan semula dan memberi nafas baharu kepada bangunan berusia 41 tahun itu.

Bukan sahaja itu, perbadanan pengurusan Plaza Sungei Wang juga akan membelanjakan RM20 juta demi membaik pulih lif, tangga bergerak, bilik elektrik dan sebagainya.

Sumber: World of BuzzThe Edge Markets

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds