Kanak-kanak memang bersifat polos dan mereka sentiasa mahu tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

videoPlayerId=6333a2c48

Ad will display in 09 seconds

Tambahan pula perkara tersebut adalah sesuatu yang baharu bagi mereka dan ini menyebabkan mereka mudah terkejut atau menjadi takut akan perkara tersebut.

Apabila mereka menjadi takut, reaksi yang ditunjukkan oleh mereka kadang-kadang mengundang geli hati bagi orang dewasa yang melihatnya.

Ini kerana bagi orang dewasa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang menakutkan tetapi kanak-kanak pula memandangnya dari sudut berbeza.

Contohnya kanak-kanak perempuan yang bersedia untuk mengambil gambar bersama patung di tepi jalan.

Pada mulanya dia begitu gembira sekali tetapi apabila patung tersebut menyentuhnya dari belakang, dia begitu terkejut dan terus berlari meninggalkan patung itu.

Contoh lain ialah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang melihat ikan-ikan di dalam akuarium besar tiba-tiba mengundur ke belakang dan terjatuh kerana dia merasakan ikan tersebut sedang menghampirinya!

Ada juga kanak-kanak yang takut dan terkejut apabila alat permainan kawalan jauh yang mereka mainkan tiba-tiba terbang menghampiri dia padahal mereka sendiri yang mengawalnya.

Pasti anda juga berasa pelik melihat reaksi kanak-kanak ini bukan?

Tetapi itulah kanak-kanak dan mungkin anda juga takutkan sesuatu ketika anda seusia mereka dahulu.

Tonton video yang disediakan dan anda akan mendapati beberapa kanak-kanak dilihat terjatuh akibat terkejut dan takut dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds