Seperti yang kita tahu, garam merupakan antara bahan yang wajib kita letakkan di dalam masakan. Ia merupakan antara bahan perasa masakan yang sangat penting. Tetapi, jika diambil secara berlebihan, ia akan mendatangkan kemudaratan seperti menaikkan tekanan darah, osteoporosis, penyakit pernafasan seperti asma, kanser perut dan obesiti. Apa pula yang terjadi jika golongan kanak-kanak mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan garam?

 

 

Kredit: SmartParents

Tahukah anda, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tabiat pemakanan kanak-kanak berupaya untuk mempengaruhi corak pemakanan pada masa akan datang? Hal ini bermakna, jika anda memberikan anak anda makanan yang mengandungi jumlah garam yang sedikit, maka mereka akan makan diet yang kurang kandungan garam apabila mereka dewasa kelak. Persoalannya, sebanyak mana garam yang diperlukan oleh kanak-kanak?

 

Kredit: Pinterest

Sebenarnya, bayi dan kanak-kanak hanya memerlukan sejumlah kecil garam di dalam pemakanan mereka. Apa yang merungsingkan adalah jumlah garam pada makanan yang anda berikan kepada mereka seperti biskut, roti, kacang panggang dan sebagainya mengandungi jumlah garam yang tinggi.

Kredit: Hello Doktor

Berikut merupakan jumlah maksimum garam yang disyorkan kepada bayi dan kanak-kanak :

  1. Baru dilahirkan sehingga 6 bulan – menerusi penyusuan susu ibu atau susu formula
  2. Sehingga 12 bulan – kurang daripada 1 gram garam sehari (kurang daripada 0.4 gram natrium)
  3. 1 hingga 3 tahun – 2 gram garam sehari (0.8 gram natrium)
  4. 4 hingga 6 tahun – 3 gram garam sehari (1.2 gram natrium)
  5. 7 hingga 10 tahun – 5 gram garam sehari (2 gram natrium)
  6. 11 tahun ke atas – 6 gram garam sehari (2.4 gram natrium)

Saat anda mula memberikan bayi anda makanan pejal, anda tidak seharusnya menambah garam kerana buah pinggang mereka masih lagi belum boleh menerimanya. Anda juga dinasihatkan agar tidak memberikan makanan siap sedia yang bukan dibuat khas untuk bayi seperti bijirin sarapan kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi.

Banyak makanan yang dihasilkan untuk kanak-kanak juga mempunyai kandungan garam yang tinggi jadi adalah penting untuk anda periksa dahulu maklumat nutrisi sebelum membelinya. Kandungan garam biasanya diberikan sebagai natrium. Sebagai panduan, makanan yang mengandungi lebih daripada 0.6 gram natrium untuk setiap 100 gram, dianggap tinggi. Anda boleh menjumlahkan garam dalam makanan dengan mendarabkan jumlah natrium kepada 2.5. Sebagai contoh, 1 gram natrium untuk setiap 100 gram adalah sama dengan 2.5 gram garam setiap 100 gram.

Sumber: hellodoktor

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds