Semua gadis mungkin faham tentang perasaan mempunyai pakaian yang baik tetapi tidak mahu memakainya kerana gaya atau saiznya yang sudah tidak bersesuaian. Hari ini kami memberi anda idea yang menarik yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

Bersedia untuk mengetahui idea-idea menarik yang boleh menukarkan pakaian yang kosong dan membosankan kepada pakaian yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya!

13. Reben comel di bahagian kolar

Kredit: Apairandasparediy

Untuk menghasilkan gaya yang comel ini, percaya atau tidak anda hanya memerlukan kurang dari 15 minit untuk menghasilkannya? Ketahui caranya disini!

12. Perincian terang dan memikat

Kredit: psimadethis

Sekiranya anda melekat beberapa reben berwarna terang pada baju kemeja-T biasa anda, anda boleh mengubahnya menjadi sesuatu yang sangat unik dan pastinya menarik perhatian ramai!

11. Blaus dari gaun panjang

Kredit: Сottonandcurls

Hampir setiap gadis mempunyai pakaian yang jarang dipakai. Berikut adalah contoh bagaimana caranya untuk mencipta blaus yang cantik daripada gaun panjang yang tidak lagi mahu dipakai.

10. Hiasan “fringe”

Kredit: Papernstitchblog

Adakah jaket anda kelihatan terlalu membosankan? Adakah anda ingin menambah beberapa warna yang terang? Jadi idea ini adalah idea yang paling sesuai untuk anda. Bahan yang diperlukan hanyalah jaket, “fringe”, dan sedikit kesabaran.

9. Butiran bersulam

Kredit: Laurenconrad

Jika anda seorang yang penyabar dan suka menghias pakaian lama, baca arahan ini yang menjelaskan bagaimana cara untuk mencantikkan semula jaket denim yang lama.

8. Selendang yang dibuat daripada baju sejuk yang lama

Kredit: Papernstitchblog

Jika anda mempunyai baju sejuk lama yang anda sayang, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk menjadikannya selendang yang indah yang akan melengkapkan gaya musim sejuk anda.

7. Hiaskan skirt dengan reben

Kredit: Fashionablegalaxy

Idea ini adalah untuk mereka yang ingin memberi peluang kepada kain lama atau hanya menghias satu kain asas yang membosankan.

6. Seluar jeans lama dengan hiasan pom-pom kecil

Kredit: Lovemaegan

Untuk menyegarkan gaya jeans lama, anda hanya perlu membeli bebenang pom-pom kecil dan jahitkannya di sepanjang jahitan seluar jeans anda.

5. Topi “beanie” yang dihiasi dengan manik

Kredit: bisousnatasha

Hari ini, topi “beanie” yang berbeza dan dihiasi dengan sulaman adalah sangat popular tetapi mempunyai harga sangat mahal. Oleh itu, ketahui cara mudah membuat topi ini dengan tangan anda sendiri. Anda hanya perlukan topi “beanie” yang baik dan kain dengan sulaman atau manik.

4. Baju dengan lengan pom-pom

Kredit: refinery29

Anda boleh memperbaharui baju sejuk lama anda dengan bantuan hiasan pom-pom yang boleh anda beli di hampir semua kedai kraf.

3. Skirt yang diperbuat daripada seluar jeans lama

Kredit: abeautifulmess

Berikan seluar pendek dan seluar jeans lama anda satu peluang menjadikan mereka sehelai skirt denim yang bergaya.

2. Kasut dengan sulaman

Kredit: Brit

Kasut dihiasi dengan sulaman sangat popular pada hari ini. Sekiranya anda menghias kasut anda sendiri, anda dapat menjimatkan wang, dan mendapat kasut yang unik.

1. Paten pola mengait di bahagian siku baju

Kredit: creatinglaura

Jika anda mempunyai baju sejuk yang sudah terkoyak di bahagian siku, jangan pula dibuang bajunya. Gunakan paten pola mengait seperti di dalam gambar untuk memberi nafas baharu kepada baju anda itu!

Nah, apa lagi yang ditunggu-tunggu? Ayuh cari baju yang anda sudah lama tinggalkan dan berikan nafas baharu kepadanya!

Kredit: 5-Minute Craft/Facebook

Sumber: Bright Side 5-Minute Craft/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds