Jika kita dilanda kebosanan dan tidak tahu mahu melakukan sebarang aktiviti yang seronok, kita cenderung untuk menonton video-video lucu mahupun comel di Facebook, Instagram mahupun YouTube.

videoPlayerId=59d604a5b

Ad will display in 09 seconds

Menonton video-video sebegitu pasti akan membuatkan kita merasa lebih ceria dan terhibur serta dapat melupakan segala masalah buat sementara waktu.

Pernahkah anda melihat memerang di hadapan mata anda? Memerang sebenarnya merupakan sejenis haiwan yang mempunyai personaliti comel serta unik.

Haiwan ini gemar mandi dan terapung di permukaan air.

Memerang boleh terapung di permukaan air disebabkan oleh dua lapisan bulunya.

Bahagian luar mempunyai bulu yang panjang dan keras manakala lapisan dalam pula mempunyai bulu yang lebih pendek serta tebal.

Justeru, lapisan-lapisan ini mampu memerangkap udara sekali gus meningkatkan keapungan.

Dalam erti kata lain, walaupun anda cuba merendamkan memerang di dalam air, haiwan ini tidak akan pernah tenggelam!

Tetapi di dalam video ini, siapa tahu bahawa memerang juga memiliki bakat terpendam dalam mengimbangkan batu seperti ahli sarkas yang sedang menjugel bola?

Lihatlah betapa riangnya memerang ini bermain dengan batu itu. Kelihatan seperti seorang bayi yang sedang bermain dengan permainannya. Comel betul!

Video ini pastinya akan membuatkan hari anda lebih menghiburkan.

Semoga anda ceria-ceria selalu!

Sumber: bldaily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds