Setelah beberapa bulan mengamalkan latihan Falun Gong, seorang pengarah filem dari Ireland ini mengatakan penyakit diabetes yang dialaminya telah sembuh.

Pada 8 Julai, surat khabar Irish Independent telah mengeluarkan berita tentang seorang pengarah filem Pádraig Ó Dálaigh.

Pádraig pertama kali mengetahui tentang Falun Gong (atau Falun Dafa) melalui rakan-rakannya di sekolah Trinity. Dia baru mengamalkan latihan qigong beberapa bulan yang lalu, setelah doktor mengesahkan bahawa beliau telah menghidapi kencing manis.

Warga Ireland sedang mengamalkan Falun Gong di Cork

Sumber: Minghui.org

Pengarah filem tersebut memberitahu pada Kerryman (syarikat akhbar tempatan), “Diabetes telah sembuh sama sekali dan saya merasakan kesihatan saya bertambah baik hanya selepas beberapa bulan mengamalkan meditasi Falun Gong, sebuah latihan rohani yang berdasarkan atas tiga prinsip utama iaitu Sejati, Baik dan Sabar.”

Beliau mengatakan bahawa sebelum ini dia sering kali jatuh pengsan di tempat kerja dan harus mengambil empat suntikan setiap hari.

Doktor mengesyorkan bahawa Pádraig harus mulakan rawatan sepanjang hidup kerana ia merupakan penyakit kronik. Walau bagaimanapun lima minggu telah berlalu, Pádraig belum menerima sebarang suntikan dan juga mengambil ubat.

Dalam sebuah temuduga dengan akhbar Kerryman, Pádraig mengatakan bahawa kesemua pengamal Falun Gong di China telah menjadi mangsa penganiayaan dan pengambilan organ secara hidup-hidup. Atas arahan pemerintah China itu sendiri.

Isu tentang penganiayaan tersebut telah difilemkan oleh beliau, di mana rakan-rakan sekerjanya melakukan beberapa suntingan untuk ditayangkan pada sebuah kongress di Ireland dan kini ia telah menjadi topik utama.

Pádraig Ó Dálaigh (paling kanan) sembuh dari penyakit diabetes setelah mengamalkan Falun Gong

Sumber: Pádraig Ó Dálaigh | Facebook

Pádraig mengatakan bahawa organ-organ daripada tubuh pengamal Falun Gong dipercayai lebih digemari atas sebab “gaya hidup yang baik dan sangat sihat”.

Berbeza dengan negara-negara lain di seluruh dunia, pemerintahan China menindas pengamal Falun Gong apabila mereka mengetahui bahawa terdapat ramai orang yang mengamalkannya. Dikatakan terdapat sekitar 70 hingga 100 juta penduduk China mengamalkannya sekitar tahun 1999.

Sungguhpun jumlah angka telah dinyatakan, angka tersebut masih belum rasmi dan dikatakan jumlah pengamal Falun Gong sebenarnya jauh lebih banyak daripada itu.

Arahan penindasan berlaku di seluruh negeri diikuti dengan gerakan propaganda yang memfitnah serta mengatakan bahawa Falun Gong adalah sebuah ajaran ‘jahat’ dan ‘sesat’. Penindasan ini dibuat secara umum untuk menghapuskan fahaman tentang amalan yang paling diikuti ramai di China tersebut.

Mengikut kenyataan daripada seorang bekas setiausaha negara Kanada David Kilgour dan pengacara hak asasi manusia David Matas dalam laporan “Bloody Harvest”, topik yang dikatakan adalah tentang pengambilan organ di China, mengatakan Falun Gong sebagai amalan ‘jahat’ dan ia telah dijadikan sebagai alasan utama untuk menindas para pengamal tersebut.

Pádraig juga memberi tahu Kerryman, “Pemerintah China sangat tidak menyukai pengamal Falun Gong. Sesiapa yang didapati mengamalkannya akan ditahan dan dipenjarakan atau dijadikan sebagai buruh paksa. Terdapat juga pengamal yang diseksa bahkan diseksa sehingga mati.”

Surat khabar Ireland menerbitkan berita tentang pengarah filem Pádraig Ó Dálaigh, yang sembuh dari diabetes setelah mengamalkan Falun Gong

Sumber:  independent.ie

“Mereka yang pergi ke China untuk melakukan pemindahan organ biasanya tidak mengetahui dari mana asalnya organ yang mereka perolehi. Mujur segala peristiwa gelap itu telah diketahui di seluruh dunia tentang pemindahan organ di China,” kata Pádraig.

Laporan terbaru pada tahun lalu menunjukkan bahawa di China, warga yang mengamalkan Falun Gong telah menjadi mangsa pengambilan organ adalah Muslim Uyghur, orang Tibet dan penganut Kristian.

Pengacara Matas dan jurnalis Gutmann telah dicalonkan dalam senarai penerima penghargaan Nobel perdamaian, atas hasil usaha mereka untuk menyuarakan penindasan pengambilan organ di China.

Falun Gong adalah sistem meditasi rohani diri berdasarkan tiga prinsip iaitu “Sejati, Baik dan Sabar”. Amalan latihan ini diperkenalkan kepada umum oleh Encik Li Hongzhi pada tahun 1992 di China.

Ketika ini, latihan Falun Dafa telah diamalkan lebih dari 100 juta orang dari serata 114 negara. Walaupun pengamal amalan ini telah ditindas dan dianiaya di China sejak tahun 1999.

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip Sejati, Baik dan Sabar. Untuk info lebih lanjut, silakan kunjungi: www.falundafa.my

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds