KUALA LUMPUR – Pemborong di Selangor dan Kuala Lumpur dilaporkan telah menaikkan harga sepapan telur sebanyak RM1.20 sejak bulan lalu atas faktor cuaca dan sebagainya.

Menurut Oriental Daily, harga bagi sepapan telur (30 biji) gred A dijual sebanyak RM10.20 pada Ogos lalu namun harga telah meningkat naik kepada RM11.40 sejak dua minggu yang lepas.

Kredit: Alibaba

Harga telur ditentukan secara mingguan bergantung kepada hasil pengeluaran ladang telur. Di samping itu, penawaran dan permintaan telur dalam pasaran juga secara langsung akan memberi impak kepada harga telur semasa.

Menurut seorang pemborong bernama Lee, harga telur di pasaran pada masa ini sangat mahal berbanding harga telur pada tahun-tahun sebelumnya yang berharga RM9.90 sepapan. Tambah Lee lagi, harga semasa bagi telur gred C juga agak mahal sehingga mencecah RM11.

Kredit: NST

Sementara itu, Presiden Persatuan Pembekal Telur Selangor dan Kuala Lumpur, Liu Koon Wei telah menjelaskan beberapa faktor yang mengakibatkan kenaikan harga telur di pasaran. Antaranya:

  • Aktiviti pengeksportan telur ke Hong Kong
  • Penyebaran wabak influenza di Sabah yang menyebabkan banyak ayam betina terpaksa dimatikan

“Hong Kong sentiasa mengimport telur dari China tetapi sejak dua bulan lalu, China mengalami musim kering yang menjejaskan pengeluaran telur. Bermula Ogos, Hong Kong telah meminta kita (Malaysia) untuk mengimport telur kerana Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai bekalan telur yang mencukupi selama ini.”

Selain Hong Kong, negeri Sabah turut mendapatkan bekalan telur dari Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu. Justeru, permintaan telur yang tinggi dari Sabah dan Hong Kong secara langsung menyumbang kepada pengurangan bekalan telur di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kredit: 365 Daily Journal

Liu bagaimanapun menjangkakan situasi ini akan diselesaikan tidak lama lagi dalam tempoh enam minggu lagi sebaik sahaja anak-anak ayam membesar dan mampu menghasilkan telur.

Sumber: Oriental DailyWorld of Buzz,

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds