Cara biasa yang digunakan bagi mengguna semula tuala lama ialah dengan memotongnya kepada beberapa helaian kecil untuk pelbagai kegunaan mencuci di rumah.

Walau bagaimanapun terdapat pelbagai idea yang lebih baik bagi kegunaan semula tuala lama anda ke tahap maksima seperti dalam video ini.

videoPlayerId=2b40de597

Ad will display in 09 seconds

Dalam rakaman video ini, anda didedahkan dengan tujuh idea bagaimana mengolah semula tuala lama kepada kegunaan yang baru secara maksima dan lebih produktif.

Dengan melihat idea-idea ini, mungkin cara lama memotong helaian segi empat tepat atau segi empat sama perlu ditukar kepada cara yang lebih inovatif.

Fabrik yang menghasilkan tuala biasanya menyerap air dan mudah kering apabila diperah. Maka tuala lama boleh menjadi pengelap lantai, pengelap kaki, penutup kepala, jubah mandi dan sebagainya.

Terpulang kepada daya imaginasi anda untuk mengolah semula kegunaan tuala lama itu kepada kegunaan lain yang lebih produktif sebelum ia boleh dibuang.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds