Kita semua seronok melihat apabila kanak-kanak mulai menghafal ABC namun apa yang si kecil bernama John David ini lakukan pastinya akan mencairkan hati anda semua…

John dan kedua ibu bapanya tinggal di Helena, Alabama. Pada awal tahun 2016, nenek John iaitu Pam Sapp telah mengikuti percutian keluarga mereka untuk melawat saudara-mara yang menetap di Jacksonville.

Di situlah buat pertama kalinya, John yang pada ketika itu baru berusia dua setengah tahun mula belajar ABC sambil diajar oleh neneknya.

Melihat seorang kanak-kanak belajar ABC bukanlah satu perkara yang harus digembar-gemburkan tetapi dalam kes ini, ianya luar biasa kerana John merupakan seorang penghidap Sindrom Down.

Pam telah merakamkan peristiwa itu lalu memuat naik video berkenaan dengan kapsyen, “ABC terbaik yang pernah saya dengari!”

Pam telah menyebut setiap huruf dan John cuba mengikuti dan menyebutnya satu persatu. Namun, gelagat John ketika menyebut setiap huruf itu benar-benar comel dan menghiburkan!

Perhatikan apabila John cuba untuk menyebut huruf F, R, S, T dan juga W. Walaupun mengalami kesukaran, kecomelan John mempelajari ABC pastinya akan membuatkan anda cair melihatnya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds