Tabiat burung madu membina habitat, biasanya akan memilih ranting pokok yang nipis dan membina sarang di hujung dahan ranting pokok yang dipilih bagi melindungi diri daripada pemangsa, sambil mengekalkan kebebasan dan kebolehan burung ini untuk memerhatikan persekitarannya.

videoPlayerId=01231e7ec

Ad will display in 09 seconds

Dalam video ini, anda akan melihat bagaimana burung madu yang cantik memberi makan kepada anak-anak kecilnya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Rakaman ini memaparkan saat penuh keajaiban dan menakjubkan apabila kita dapat melihat sarang burung madu secara semula jadi, dan kita semua amat bertuah apabila saat paling tepat dapat dirakamkan apabila ibu burung madu sedang memberi makan kepada dua ekor anak kecilnya secara adil.

Burung madu dikenali sebagai antara burung terkecil di dunia, namun sifat serta rupanya yang cantik dan menarik menyebabkan burung ini sentiasa menyerlah walau di mana dia berada.

Sifat burung madu paling menakjubkan ialah apabila terbang dengan cara mengagumkan.

Burung madu boleh mengibarkan sayap kecilnya sebanyak 200 kali dalam satu saat, menyebabkan burung kecil ini boleh berada dalam keadaan statik, terapung di udara, atau terbang secara mengundur, yang tidak dapat dilakukan oleh burung biasa yang lain.

Kejadian kepelbagaian makhluk ciptaan Tuhan yang hebat lagi menakjubkan.

Alam semula jadi diciptakan dengan sempurna bagi membolehkan manusia itu sentiasa berfikir dan menghargai.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds