Air lemon dipercayai memberi kesan yang ketara apabila seseorang itu mahu menurunkan berat badan. Dengan meminum secawan air lemon yang panas setiap pagi, ia dikatakan mampu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Selain menjadi agen penurunan berat badan, air lemon juga bermanfaat kepada keseluruhan kesihatan badan apabila ia berfungsi menyingkirkan toksin dan kekotoran di dalam sistem tubuh badan.

Kredit : HelloDOKTOR

Adakah air lemon benar-benar dapat membantu mengurangkan berat badan?

Pakar pemakanan mendedahkan air lemon itu sebenarnya bukan penyumbang utama kepada penurunan berat badan seseorang. Apa yang berlaku ialah air lemon hanya membantu melancarkan proses penurunan berat badan. Air dan lemon adalah bahan semula jadi yang bebas daripada bahan pengawet, perisa dan bukan produk yang diproses. Kombinasi keduanya adalah bermanfaat untuk kesihatan badan manusia.

Kredit : Expert Home Tips

Air lemon tidak menambah kalori di dalam badan. Kajian saintifik mendapati, dengan menggantikan air soda kepada air lemon, ia akan dapat menyingkirkan kira-kira 180 kalori setiap hari. Walaupun kita tidak boleh membuat anggaran yang tepat berapa banyak lemak yang mampu dibuang setiap hari, air lemon mampu membuang 3500 kalori bersamaan 450 gram lemak jika diminum setiap hari.

Oleh itu, daripada meminum air manis, soda atau jus buah, adalah lebih baik anda meminum air lemon yang akan menyingkir 180 kalori setiap hari sambil membantu mengurangkan berat badan. Disamping itu, air lemon akan dapat menghalang anda daripada mengambil kandungan gula secara berlebihan yang boleh menyumbang kepada obesiti. Lebih banyak air lemon yang diminum, lebih cepat anda akan menurunkan berat badan.

Air lemon dapat membersihkan kekotoran dalaman dalam tubuh badan.

Kredit : Green Grocery

Sekiranya kekotoran badan yang terperangkap di dalam saluran kolon anda, ia berpotensi menyebabkan kanser kolon. Ia juga adalah penyebab peningkatan berat badan. Dengan meminum air lemon setiap hari, ia akan berfungsi sebagai pembersih saluran kolon dan anda akan dapat membuang segala kekotoran dengan lebih lancar dan sempurna.

Secara tidak langsung, berat badan juga akan dapat dikurangkan. Air lemon juga berfungsi sebagai cecair sistem pencernaan yang baik dan memberi faedah apabila ia akan mengurangkan risiko mendapat cirit-birit dan sembelit.

Air lemon akan mengurangkan rasa lapar.

 

Kredit : NDTV.com

Selain membersih saluran kolon, air lemon amat berkesan dalam mengurangkan rasa lapar yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan proses pengurangan berat badan. Fiber pectin yang terkandung di dalam sebiji lemon berfungsi sebagai pengurang rasa lapar selepas anda meminum air lemon. Jika sebelum ini, anda bergantung kepada kopi dan teh untuk mengurangkan rasa lapar, apa kata beralih kepada pengambilan air lemon. Air lemon lebih berfaedah sebagai pembekal cecair di dalam badan dan mempercepat proses pengurangan berat badan pada masa yang sama.

Air lemon akan meningkatkan kadar metabolisme.

Kredit : fitnessgoals.com

Bekalan air yang mencukupi di dalam badan terbukti secara saintifik akan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan untuk berfungsi dengan berkesan. Dengan mengambil satu cawan air lemon yang panas setiap pagi dan segelas air lemon yang sejuk pada waktu tengahari, ia akan mengekalkan tahap cecair yang diperlukan di dalam badan, disamping berat badan dapat diturunkan.

Sumber : HelloDOKTOR

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds