Dengan imaginasi yang tiada batasan, video yang terhasil ini menunjukkan sesuatu yang luar biasa dan menarik.

videoPlayerId=854da92d9

Ad will display in 09 seconds

Anda tidak perlu ruang yang besar, rumah anda sendiri adalah tempat terbaik untuk berseronok dengan lokomotif berskala kecil yang bergerak melalui rumah dan taman.

Dengan elemen ‘semulajadi’, kereta api mainan melalui laluan seperti tasik (kolam renang), gunung (pakaian), jambatan dan bandar-bandar dalam perjalanan yang kelihatan seperti permandangan daripada kereta api yang sebenar.

Mereka mempunyai idea yang kreatif untuk meletakkan kamera di hadapan kereta api, jadi kita dapat melihat permandangan sebenar apabila kereta api tersebut bergerak, seolah-olah ia adalah roller coaster.

Ternyata untuk menyusun struktur landasan tersebut dilakukan dengan secara teliti dan mereka bekerja keras untuk melakukannya, bukan mudah untuk melakukannya kerana ia melibatkan banyak buah kereta api mainan yang menggunakan landasan tersebut.

Situasinya kelihatan seperti landasan kereta api yang sebenar.

Model kereta api berskala kecil ini adalah hobi yang sangat popular di seluruh dunia. Ia bermula pada akhir abad kesembilan belas apabila lokomotif mainan mekanik pertama muncul. Dan dari masa itu sehingga hari ini, perkembangan teknologi telah membuat ia menjadi menjadi lebih baik dan canggih.

Hobi ini popular di setiap lapisan umur.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds