Di bawah perihal yang baik, perkara paling ringkas boleh menjadi simbolik. Sebagai contohnya ialah pembukaan sebuah restoran McDonald’s, kedengaran seperti biasa sahaja seperti mana-mana restoran McDonald’s di seluruh dunia. Tetapi McDonald’s Soviet pertama di Moscow? Itu adalah sesuatu kelainan.

Inisiatif untuk membuka cawangan Moscow McDonald’s adalah usaha sama diantara McDonald’s Kanada dan Majlis Bandaraya Moscow. Cadangan pertama dilembarkan ketika George Cohon yang merupakan pengasas dan CEO McDonald’s Canada, bertemu dengan pegawai rasmi Soviet di Olimpik Musim Panas ’76 di Montreal. Dan hampir seperempat abad kemudian, pada 31 Januari 1990, ia menjadi kenyataan.

Pada waktu pembinaannya, ia merupakan McDonald’s terbesar di dunia. Mempunyai 900 tempat duduk dengan bilangan pekerja kira-kira 600 orang setelah dipilih dengan teliti daripada 35,000 pemohon.

Dilaporkan, restoran itu dijangka memberikan khidmat layanan kepada 1,000 pelanggan pada hari pertama. Dan purata gaji pekerja di negara itu sebulan adalah kira-kira 150 Rubles sebulan, Big “Mak” dijual pada kadar 3.75 Rubles. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang orang daripada mencuba burger daripada restoran tersebut. Orang ramai terdiri daripada 5,000 warga Soviet berbaris di Pushkinskaya Square sebelum dibuka dan sekitar 30,000 pelanggan akan memasuki pintu restoran tersebut sepanjang hari.

Musim panas telah tiba tetapi pelanggan terus berkembang. Orang-orang dari bandar lain berkumpul di restoran itu hanya untuk satu hamburger. “Kami berdiri di bawah matahari terik selama kira-kira lapan jam,” kata jurugambar Mitya Kushelevich yang  teringat pada waktu itu. “Itu tidak mendatangkan banyak masalah kerana kami sudah biasa berdiri sehari suntuk untuk mendapatkan teh dan gula.”

“Sekali berada di dalam restoran, kami terpesona oleh bilangan juruwang yang muda di belakang meja kaunter, senyum, bergerak seperti lebah, memberikan layanan pada setiap pelanggan.”

“Saya masih ingat betapa besarnya ‘milkshake’ itu kelihatan dan saya tidak tahu bagaimana untuk memegang ‘Big Mac’ dengan tangan saya yang kecil.”

“Semuanya mempunyai rasa yang sangat enak daripada apa yang pernah saya cuba sebelum ini. Saya makan dan minum dan mengunyah seperti hidangan terakhir saya di bumi. Sekitar sepuluh minit dan 5,000 kalori kemudian, badan saya memaklumkan saya bahawa ia tidak dapat mencerna semua kelazatan lemak. Ketika beratur ke tandas, barisan ke tandas, terutama bagi kaum wanita. Kepanjangannya hampir serupa dengan beratur di luar.”

Teruskan melihat kisah McDonald Moscow ini dengan tinjau ke bawah untuk melihat 15 keping gambar yang bersejarah ini.

Pada 31 January 1990, Mc Donald’s Soviet pertama dibuka

Sumber: Boredpanda

Ia merupakan restoran McDonald’s terbesar di dunia ketika ia dibina

Sumber: Boredpanda

Tempat yang menyediakan 900 tempat duduk memerlukan bilangan pekerja seramai 600 orang

Sumber: Boredpanda

35,000 orang memohon untuk bekerja di restoran tersebut

Sumber: Boredpanda

Seramai 600 orang diambil bekerja

Sumber: Boredpanda

Dilaporkan restoran tersebut menganggarkan untuk melayan 1,000 pelanggan pada hari pertama, tetapi lebih 5,000 warga Russia berbaris di sekitar Pushkinskaya Square sebelum ia dibuka

Sumber: Boredpanda

“Kami berdiri di bawah matahari terik selama kira-kira lapan jam,” kata salah satu pengunjung

Sumber: Boredpanda

“Sekali berada di dalam restoran, kami terpesona oleh bilangan juruwang yang muda di belakang meja kaunter, senyum, bergerak seperti lebah, memberikan layanan pada setiap pelanggan.”

Sumber: Boredpanda

Inisiatif untuk membuka cawangan Moscow McDonald adalah usaha sama diantara McDonald’s Kanada dan Majlis Bandaraya Moscow

Sumber: Boredpanda

Cadangan pertama dilembarkan ketika George Cohon yang merupakan pengasas dan CEO McDonald’s Canada, bertemu dengan pegawai rasmi Soviet di Olimpik Musim Panas ’76 di Montreal

Sumber: Boredpanda

“Ini merupakan kisah tentang kerjasama di antara negara”

Sumber: Boredpanda

Ketika waktu pembukaan, ia menarik ramai pengunjung termasuklah Boris Yeltsin yang mana beliau menjadi Presiden pertama di Russia

Sumber: Boredpanda

Sekitar 30,000 pelanggan akan memasuki pintu restoran tersebut sepanjang hari

Sumber: Boredpanda

Kesatuan Soviet dibubarkan pada 6 Disember 1991

Sumber: Boredpanda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds