Mengimpikan untuk meraih pendapatan lima angka dalam sebulan merupakan satu kejayaan yang amat mengagumkan dan diingini oleh ramai. Namun bagi mencapai hasrat tersebut, kita harus menempuh pelbagai dugaan dan cabaran serta mendaki tangga yang tinggi.

Namun tidak bagi lelaki dari Pasir Mas ini apabila dia berjaya memperoleh sebanyak RM12,000 sebulan dengan hanya menjual telur itik!

Kredit: Harian Metro

Menurut laporan Sinar Online, penternak bernama Che Hassan Che Mud, 59 tahun telah mula menternak itik sejak tahun 2013 lagi. Berkat usaha yang keras dan tanpa rasa jemu, Che Hassan berjaya membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan hasil jualan telur itik.

Jelas Che Hassan, sebelum ini beliau hanya mampu meraih sebanyak RM600 sebulan. Namun begitu, selepas menyertai Program Azam Tani kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), segalanya mulai berubah.

Kredit: Harian Metro

“Peringkat awal saya hanya menternak 50 ekor itik dan memproses telur masin kepada penduduk sekitar kampung. Hasil bimbingan Mardi, selepas itu saya telah menambah jumlah ternakan itik menjadi 100 ekor.”

Tujuan Che Hassan menambah bilangan itik ternakannya adalah disebabkan beliau dapat melihat potensi ternakan telur itik dalam pasaran memandangkan terdapat permintaan yang tinggi daripada peraih dan penduduk setempat.

“Alhamdulillah, sehingga kini saya mempunyai lebih 2,000 ekor itik yang dibela berhampiran kawasan rumah. Jumlah itu dapat menampung permintaan peraih.”

Kini, Che Hassan menjadi seorang penternak yang berjaya apabila meraih sebanyak RM12,000 sebulan hanya dengan menjual telur itik dan telur masin dengan bantuan isterinya.

Sumber: Sinar OnlineHarian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds