The Duchess of Cambridge, Kate Middleton telah berulang kali muncul di khalayak ramai dengan memakai pakaian yang sama, walaupun kita semua tahu bahawa dia lebih dari mampu untuk menukar pakaiannya beberapa helai dalam sehari.

Dengan kejayaannya mengekalkan keanggunan yang halus dalam setiap penggayaan pakaiannya adalah salah satu sebab mengapa Catherine layak menjadi puteri kesayangan warga British. Tiada satupun pakaiannya yang diulang pakai secara serupa. Dalam hal ini, puteri ini meneruskan tradisi yang ditetapkan oleh ibu mertuanya, Puteri Diana.

Ayuh kita saksikan penampilan indah Kate Middleton yang menggayakan pakaian yang sama secara berulang-ulang namun kelihatan berbeza untuk setiap kalinya. Jangan jadikan hidup anda bosan setiap kalinya, contohilah puteri kesayangan anda ini!

1. Gaun kot berwarna krim

Kredit: Bauer Griffin/ East News /AFP/ East News / AFP/ East News

Kate Middleton mengenakan gaun kot yang elegan ini sekurang-kurangnya 4 kali iaitu pada acara pembaptisan Puteri Charlotte pada tahun 2015, di perarakan sebagai penghormatan ulang tahun rasmi Ratu pada tahun 2016, semasa lawatan rasmi ke Belgium pada tahun 2017, dan pada pernikahan Putera Harry dan Meghan Markle pada Mei 2018.

Untuk setiap acara, puteri ini memilih topi yang berbeza dengan gaya rambut yang berbeza. Pada majlis di Belgium, Kate menggayakan kerongsang yang berwarna merah yang berfungsi sebagai lambang ingatan kepada para korban konflik bersenjata tentera dan rakyat. Perhiasan ini juga secara tidak langsung menjadikan imej ini kelihatan agak berbeza.

2. Gaun merah

Kredit: AFP/ East News / Sipa Press/ East News

Kate juga seringkali menggayakan gaun merah ini beberapa kali. Pun begitu, imej-imej puteri yang cantik ini dibezakan oleh pemakaian aksesori yang berbeza seperti pemakaian topi dan kerongsang. Selain itu, cara penggayaan rambut Kate juga turut memainkan peranan!

3. Gaun hijau zamrud

Kredit: Capital Pictures/ East News / Polaris Images/ East News

Satu pakaian – 2 gaya yang berbeza. Sekali lagi, semuanya berkait rapat dengan penggunaan aksesori – tali pinggang yang berbeza, kekurangan perhiasan dalam gambar di sebelah kiri, dan penggayaan anting-anting yang ditambah dengan loket dalam gambar di sebelah kanan. Peranan penting dimainkan oleh topi yang menambahkan gaya yang menarik dan melengkapkan imej di sebelah kiri.

4. Gaun berenda

Kredit: Photoshot/ East News / Photoshot/ East News

Gaun renda yang bergaya ini dipakai oleh The Duchess of Cambridge semasa acara perayaan pada tahun 2012 dan sekali lagi iaitu 2 tahun kemudiannya iaitu pada 2014. Perbezaan yang dilakukan adalah dari segi penggayaan tali pinggang, topi dan beg genggam yang serta merta menjadikan puteri ini muncul dengan pakaian ‘yang berlainan’.

5. Gaun kot berwarna ‘beige’

Kredit: REUTERS/Toby Melville / Photoshot/East News / AFP/East News

Kot yang elegan ini membuktikan bahawa Kate Middleton telah menggayakan pakaiannya yang satu ini sejak zaman bujangnya. Menerusi gambar di atas, Kate telah dirakam gambarnya di perkahwinan Laura Parker Bowles dan Harry Lopez pada tahun 2006, yakni sebelum dia menjadi isteri kepada Putera William. Selepas itu, Catherine muncul di khalayak umum dengan memakai pakaian ini pada tahun 2011 dan kemudian dilihat semula pada 2016 – 10 tahun selepas penampilan pertamanya dengan pakaian yang sama. Terima kasih kepada topi, beg dan perhiasan yang berbeza, pakaiannya ini mampu kelihatan berbeza setiap kali kemunculannya.

6. Gaun malam

Kredit: Polaris Images/East News / Polaris Images/East News

Gaun malam yang indah sering dianggap sebagai sesuatu yang hanya akan digayakan sekali seumur hidup. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada mana-mana peraturan: kadang-kala, Duchess of Cambridge mampu memakai gaun malam yang sama beberapa kali, dengan syarat ia dilengkapi dengan perhiasan yang berbeza. Foto di sebelah kiri adalah dari Februari 2014 dan di sebelah kanan – dari bulan Disember tahun yang sama.

7. Gaun kot berwarna hijau

Kredit: AFP/ East News / BWP Media/ East News

Terdapat 2 penampilan hebat dan sangat berbeza dari Duchess of Cambridge yang memakai gaun kot yang sama untuk menghormati perayaan Hari St Patrick pada tahun 2012 dan 2013. Penciptaan imej yang berbeza adalah disebabkan oleh penambahan pemakaian lapisan dalam berleher tinggi, sarung tangan, dan sarung kaki berwarna hitam yang ketat dan juga tali pinggang. Tidak dilupakan, penggayaan topi yang berbeza dengan gaya rambut yang berlainan juga.

8. Gaun kot berwarna kuning

Kredit: Polaris Images/ East News / AstuFoto/ East News

Duchess of Cambridge sudah mengenakan pakaian berwarna kuning ini pada tahun 2012, dan kemudian memilihnya lagi untuk lawatan rasmi ke Bhutan pada tahun 2016. Pada tahun 2016, pakaian itu kelihatan berbeza kerana beliau tidak mengenakannya dengan topi, gaya rambut yang berbeza, beg dan perhiasan yang berbeza.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds