Gluten merupakan pembunuh senyap dalam segelintir individu kerana bahan ini mampu mengakibatkan kerosakan kronik pada tubuh manusia yang alah dengannya.

Kebanyakan pesakit tidak menyedari bahawa mereka mempunyai alahan teruk pada produk berasaskan gluten seperti roti, biskut, kek, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi.

Kami akan kongsikan 9 petanda jika anda adalah seorang yang alah kepada gluten dan info ini sememangnya penting untuk anda ketahui.

#1 Masalah dengan saluran sistem pencernaan

Kredit: brooke.is.balanced / Instagram

Simptom yang biasa berlaku adalah melibatkan saluran usus seperti kembung perut, sakit perut, sembelit dan juga sering mual. Namun begitu, kebanyakan individu sering berpendapat simptom-simptom ini merupakan petanda kepada penyakit sindrom radang usus (IBS).

Kajian turut mendapati sebanyak 10 hingga 15 peratus populasi dunia menderita penyakit IBS ini namun hakikatnya ia adalah berpunca daripada alahan terhadap gluten.

#2 Perubahan berat badan yang tidak jelas

Kredit: APC News

Alahan terhadap gluten boleh menyebabkan penurunan mahupun peningkatan berat badan tanpa sebab. Hal ini berlaku kerana proses keradangan pada tahap sel dan gangguan metabolisme.

Perubahan berat badan secara drastik juga boleh mendorong kepada pelbagai penyakit lain seperti malabsorption (hilang selera makan).

#3 Ketidakseimbangan hormon

Kredit: Creative Communications

Terdapat perkaitan secara langsung antara alahan gluten dan gangguan hormon yang boleh terjadi sebagai kitaran haid tidak teratur, penurunan berat badan secara tiba-tiba, PMS dan juga kesukaran untuk tidur.

Kegagalan hormon yang disebabkan oleh alahan gluten boleh berlaku semasa akil baligh, mengandung dan juga menopos.

#4 Masalah sistem saraf pusat

Kredit: Remedies For Me

Bahan gluten boleh meningkatkan keradangan dan ketertelapan usus. Akibatnya, simptom alahan gluten melibatkan masalah untuk fokus, kemurungan, perasaan bimbang, insomnia dan juga keletihan.

Menurut kajian, individu yang mempunyai alahan terhadap gluten lebih mudah mengalami migran dan sakit kepala dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan.

#5 Masalah kulit dan kuku

 Keratosis rambut dan dermatitis herpetiform merupakan dua keadaan kulit yang berkait rapat dengan alahan gluten. Simptom yang sering terjadi adalah kegatalan dan bintik ruam pada tangan, badan, muka, punggung, siku dan juga garis rambut.

Satu lagi simptom yang dikesan adalah kuku yang mudah patah dan tidak sihat serta masalah kulit seperti ekzema.

#6 ADHD

Kredit: Depositphotos.com

ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder merupakan masalah kesukaran memberi perhatian, menjaga kelakuan serta hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak. ADHD boleh berlaku bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Ianya berpunca akibat alahan terhadap gluten.

#7 Gigi tidak sihat

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Dalam kes alahan gluten ini, segala zat dan mineral serta elemen yang penting untuk usus seperti kalsium akan diserap. Kesannya, gigi akan menjadi mudah rosak sekali gus menyebabkan gigi mereput, sensitiviti pada enamel, kaviti dan juga ulser.

#8 Penyakit kekurangan zat besi

Kredit: © Depositphotos.com   © fah_jilamiga / Instagram

Kebiasaannya, penyakit Celiec berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan. Antara simptomnya adalah seperti kekurangan darah, keletihan, sesak nafas, pening, warna kulit menjadi pucat dan juga arthritis (bengkak dan kekejangan sendi).

#9 Penyakit autoimun

Kredit: ScienceNordic

Kebanyakan pesakit yang menghidap autoimun ini mempunyai sejarah dengan alahan gluten. Penyakit Celiec merupakan salah satu penyakit autoimun yang berlaku apabila sistem imun akan menyerang sel usus sebaik sahaja bahan gluten memasuki saluran usus.

Penyakit autoimun ini juga boleh meningkatkan risiko perkembangan penyakit autoimun lain seperti:

  • Tiroid autoimun
  • Penyakit hati autoimun
  • Penyakit Crohn (radang usus)
  • Kencing manis
  • Vitiligo (penyakit kulit yang menghilangkan warna kulit)
  • Reumatoid (radang sendi)
  • Sklerosis berganda (menyerang bahagian otak, tulang belakang dan saraf mata)

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds