PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia memberi peringatan terakhir bermula 19 September kepada hampir 80,000 pemilik kenderaan Subaru, Honda dan Mazda supaya menukar beg udara Takata dengan segera. Sekiranya masih gagal mematuhi notis yang dikeluarkan selepas sebulan, cukai jalan pemilik kenderaan terbabit tidak akan diperbaharui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Malay Mail melaporkan, dalam kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ketiga syarikat pengeluar kenderaan ini mempunyai bekalan beg udara yang mencukupi untuk menukar beg udara Takata secara percuma.

Kredit : Malay Mail

Bagi pemilik kenderaan yang terbabit, mereka mempunyai masa kurang daripada dua bulan untuk menukar beg udara Takata dan amaran terakhir diberikan bagi mengelak kenderaan terbabit disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Anthony Loke dalam kenyataannya berkata, “Saya telah meminta syarikat yang terbabit menghantar notis peringatan terakhir dalam masa dua minggu. Selepas itu, JPJ akan mengeluarkan Notis 114 untuk menyaman pemilik kenderaan bagi mengemas kini status kenderaan.”

Kredit : PR Log

Katanya lagi, “Sekiranya mereka masih berdegil dan gagal mengambil tindakan selepas tempoh sebulan pengeluaran notis, pihak kami akan memproses senarai hitam kenderaan terbabit, bermakna mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan.”

Sementara itu, pemilik kenderaan BMW, Mitsubishi, Nissan dan Toyota akan diberikan masa sehingga tiga bulan lagi untuk menukar beg udara Takata kerana pusat servis kenderaan masing-masing mengalami kekurangan bekalan beg udara.

Kredit : Glamox

Anthony Loke menerangkan ini adalah amaran terakhir yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang terbabit dengan pemasangan beg udara Takata. Anthony menekankan tindakan dan peringatan yang diambil bukan bermaksud untuk memberi bebanan kepada pemilik kenderaan terbabit, sebaliknya demi menjaga keselamatan mereka.

Tegasnya, “Penukaran beg udara ini hanya perkara yang mudah. Hanya perlu pergi ke pusat servis dan tukar beg udara yang baru. Secara percuma sahaja. Dalam masa dua jam sahaja akan selesai.”

Kredit : Mole

Katanya, “Sekiranya kita tidak menggunakan perkataan ‘senarai hitam’, sampai bila pun mereka tidak akan menukar beg udara tersebut. Mereka perlu tahu dan sedar perkara ini berkaitan dengan keselamatan dan nyawa, bukan sekadar memperbaharui cukai jalan.”

Sejak 26 Jun 2018, Anthony Loke mendedahkan kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1 juta untuk menghantar notis peringatan kepada 408,551 pemilik kenderaan yang terbabit dengan pemasangan beg udara Takata. Walau bagaimanapun, setakat ini hanya 70,853 pemilik kenderaan yang telah memberi respon dan menukar beg udara tersebut.

Kredit : AutoWeek

Sebagai peringatan terakhir yang dikeluarkan oleh JPJ bagi pemilik kenderaan dengan pemasangan beg udara Takata, sila tukar dengan segera di pusat servis kenderaan berdekatan. Sudah pasti anda tidak mahu berdepan masalah apabila di senarai hitam JPJ ketika mahu memperbaharui cukai jalan kelak.

Kredit: Anthony Loke Siew Fook/Facebook

Sumber : Malay Mail, World of BuzzAnthony Loke Siew Fook/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds