Harimau putih bukan harimau albino, harimau putih ialah sejenis harimau yang membawa gen resesif yang menghasilkan warna yang pucat.

Wujud juga satu lagi ciri genetik yang menyebabkan belangnya turut berwarna pudar; harimau putih sebegini pula dipanggil harimau ‘putih salju’ atau ‘putih sejati’. Ini terjadi apabila seseekor harimau mewarisi dua salinan gen resesif bagi mewarisi warna yang pudar dan jarang berlaku.

Dalam video ini menunjukkan contoh seekor harimau putih. Tetapi, harimau putih ini memiliki karakter yang tersendiri berbanding harimau-harimau yang lain.

Walaupun harimau terkenal dengan sifat ganas, namun harimau putih yang diberi nama Odin ini kelihatan begitu manja dengan penjaganya.

Odin juga sangat gemar menyelam, bahkan ia makan pun sambil menyelam.

Selain itu, Odin juga gemar minum susu. Yang comelnya adalah penjaganya memberi ia minum susu menggunakan botol susu bayi. Manja betul, dah besar pun minum susu dengan botol susu bayi.

Odin berkelakuan seperti bayi apabila bersama penjaganya. Mungkin penjaganya memanjakannya seperti bayi.

Tinggi Odin adalah 3 meter. Lebih tinggi daripada penjaganya, tetapi masih lagi berkelakuan seperti bayi.

Semasa Odin berusia setahun setengah, ia melihat seketul daging di bawah dasar kolam dan terus menyelam untuk mendapatkannya.

Penjaganya memberinya makan dengan membaling daging ke dalam kolam dan Odin akan menyelam untuk mendapatkan daging tersebut.

Ternyata Odin memiliki karakter yang tersendiri berbanding harimau-harimau yang lain.

Sumber: SBS TV
 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds