Anak cimpanzi ini baru berusia 4 bulan, tetapi sudah mampu mencairkan hati para netizen dengan memperlihatkan bagaimana memakan betik dengan cara yang sangat comel. Pasti rakaman video ini amat menarik untuk ditonton, sungguh manis dan comel!

videoPlayerId=2063448f3

Ad will display in 09 seconds

Rakaman video ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Tara Hoda, yang menjaga anak cimpanzi dan beliau telah mengambil peluang ini dengan berkongsi kisah si kecil yang comel ini.

Tara berkata anak cimpanzi ini merupakan antara beberapa haiwan yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan haiwan terlarang dan pemburuan haram.

Tara melahirkan harapan bahawa pusat perlindungan dan pemuliharaan haiwan yang ditubuhkan di Côte d’Ivoire ini akan terus melindungi lebih banyak anak cimpanzi yang menjadi mangsa kekejaman manusia.

Melalui proses pemuliharaan mereka boleh berdikari dan dilepaskan ke habitat semula jadi bersama cimpanzi dewasa yang lain.

Wajah anak cimpanzi comel yang sedang memakan betik ini telah dirakam sebagai sebahagian cara meningkatkan kesedaran kepada orang ramai.

Iaitu bagaimana anak-anak cimpanzi ini dipulihkan dan dipelihara sebelum dilepaskan, dan bantuan bagi yang prihatin amat diperlukan bagi melindungi dan menjaga kebajikan mereka.

Anak cimpanzi memakan betik yang sangat manis dan comel.

Dengan adanya golongan pencinta haiwan prihatin seperti Tara Hoda, haiwan dengan spesies semakin terancam seperti cimpanzi ini akan terus dilindungi dan terpelihara.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds